Jom Follow.....

Tuesday, May 29, 2012

Antara Plat WWW Vs Toyota Camry

9 Rejab 1433

Sudah menjadi lumrah, sekiranya kita menghina seseorang, maka seolah-olah penghinaan tersebut akan seolah-olah terbalik kepada diri kita sendiri. Terbaru ialah seorang bekas menteri besar di sebuah negeri telah mempertikaikan kewajaran seseorang sultan membida nombor pat kenderaan yang bermula dengan huruf WWW.  Beliau membayangkan agar wang berkenaan lebih baik dibelanjakan ke arah yang lebih mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan meminta fatwa dikeluarkan ke atas transaksi berkenaan.

Namun sefaham penulis yang jahil ni, setidak tidaknya wang bidaan dan lelongan nombor plat berkenaan akan masuk ke akaun kerajaan juga iaitu menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan ianya bakal menambahkan kantung perbendaharaan negara. Lagipun namanyapun lelongan, ala-ala macam filem tiga abdul tu... Siapa yang tawarkan harga yang tertinggi, maka dia akan dapat memiliki nombor plat berkenaan. Manfaat penjualan tersebut akan kembali kepada rakyat. Ianya bukan macam loteri "negara berkebajikan masyarakat " yang mana , jika beli sejumlah wang, kalau nasib baik akan dapat cabutan berlipat kali ganda wang habuannya.Namun penulis berpendapat isu sebegini tak perlulah diheret majlis fatwa untuk disensasikan sekali.

Penulis berpendapat, pembelian nombor berkenaan jika melibatkan wang yang dimiliki oleh pembida itu sendiri maka ianya tidak menjadi masalah.Sama juga dengan lelongan rumah.Namun ianya bukan bererti penulis hendak menjatuhkan sama ada ianya halal atau haram.Biarlah orang yang lebih alim yang memberi pandangan.

Namun begitu jika dibandingkan dengan tindakan hendak membuat menukar kenderaan Proton Perdana kepada Toyota Camry, dan kemudian berniat membuat lelongan terhadap Toyota Camry yang baru yang dibeli oleh sebuah kerajaan yang dipimpin beliau sebelum ini ketika beliau berkuasa, adalah  dilihat lebih tidak wajar. Namun penulis tidak pasti akan situasi sebenar nasib Toyota Camry itu sekarang setelah kerajaan pimpinan bekas menteri besar itu tumbang beberapa tahun lepas. Namun , apa yang pasti, kes Toyota Camry berkenaan mula menjadi perbandingan semula apabila bekas menteri besar tersebut mula menimbulkan isu terkini. Ianya seolah menampakkan penghinaan beliau seolah kembali kepada diri beliau sendiri. Kesimpulan disini , penulis berharap agar sama-samalah kita berlapang dada dan bersangka baik sebelum membuat apa-apa tuduhan kepada orang lain.Lupakanlah dendam kepada mana-mana pihak agar orang juga melupakan dendam ke atas kita, terutama melibatkan saudara seagama sendiri. Peace..no war...

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...