Jom Follow.....

Thursday, December 11, 2014

Anak Malaysia Boleh! Dolah Telah Buktikan Malam Ini

19 Safar 1436

Anak Malaysia telah buktikan membawa pasukan Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2014. Berbanding pasukan Vietnam yang menggunakan khidmat jurulatih asing Dolah Salleh yang mengambil alih pasukan Harimau Malaya dalam tempoh yang terhad sebelum kejohanan telah menaikkan lebih semangat kepada penulis/kepercayaan penulis bahawa semangat Malaysia Boleh harus diperkuatkan bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kemenangan 4-2 malam ini menaikkan semangat seluruh negara.

Mengimbau kenangan krisis ekonomi pada era akhir 90an, ianya  juga diselesaikan oleh anak Malaysia tanpa mengambil nasihat daripada orang asing atau tabung Kewangan Dunia (IMF). Tapi sayang.., kini semangat Malaysia Boleh seakan padam di arena korporat Malaysia. Ramai orang asing semakin diambil menjawat pegawai tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) , seakan tiada warga Malaysia yang boleh memikul tanggungjawab berkenaan.

Terima kasih Dolah Salleh...! Malam ini anda telah mengubat hati kami. Rakyat Malaysia BOLEH..!

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...