2 Safar 1436
Malaysia , sama ada pemimpin atau rakyatnya tidak perlu tenggelamkan kapal nelayan, tongkang atau sebagainya untuk mana-mana warga asing yang menceroboh sempadan maritimnya untuk menunjukkan ketegasan. Segalanya akan dilakukan mengikut undang-undang dan mengikut sifat peri kemanusiaan tetapi penuh dengan ketegasan yang bertempat.
Ini berlainan dengan arahan salah seorang pemimpin utama negara jiran yang mengarahkan pihak berkuasa negaranya meneggelamkan bot nelayan yang didapati menceroboh perairan negara terbabit. Jika berita ini benar, maka amat malang bagi rakyat dan jiran negara tersebut yang kini mempunyai pemimpin utama dan jiran mereka yang mempunyai sifat demikian.
Berlainan dengan Australia dan China, kedua-dua negara tersebut terus memberikan kerjasama dan pertolongan kepada malaysia yang kesusahan lebih-lebih lagi dalam usaha pencarian pesawat malang MH370 sehingga kini belum dijumpai. Sebagai salah seoarang rakyat Malaysia , penulis bersyukur bahawa setakat ini, tiada pemimpin atasan nombor satu Malaysia bersikap sedemikian. Bagi penulis Najib sebagai pemimpin nombor satu Malaysia, lebih bersikap budiman dan tak perlu memberi arahan sedemikian.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment