Jom Follow.....

Saturday, March 22, 2014

Lautan Dalam Amat Menakutkan

21 Jamadil Awal 1435

Bancik berpengalaman menjadi nelayan pada zaman remaja yang lampau. Salah satu aktiviti yang pernah diikuti ialah menyertai penangkapan ikan menggunakan pukat hanyut di perairan Selat Melaka. Pernah satu hari bot kami mengembara hingga perairan yang amat dalam. Laut biru bertukar kehitaman. Apabila ditanya kepada tekong, tekong memberitahu ianya disebabkan kedalaman laut tersebut.

Ombak pula meninggi sekitar 1 hingga 2 meter. Bot pula tenggelam timbul dihempap ombak besar. Atas sebab mencari pendapatan dan rezeki di laut , suasana tersebut perlu dihadapi dengan tabah.

Namun sekarang, bila Bancik membaca komen dari pelbagai pihak terhadap pencarian pesawat MAS MH370(termasuk di laut) yang masih lagi misteri, secara sinis Bancik terfikir, masing-masing hendak tunjuk pandai. Komen...herm..masing -masing boleh komen. Seolah-oleh merekalah yang hebat. Tetapi bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman tersebut, peristiwa ini dilihat sebagai iktibar sebagai hamba yang amat lemah berbanding penciptanNya. Teruskan berdoa untuk pesawat MH370..

Wallahualam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...