11 Zulhijjah 1433
Hati Bancik terasa amat gusar apabila melayari berita di salah sebuah akhbar secara online yang terus memaparkan perdebatan di kalangan bijak pandai ulama. Asalnya ialah suatu majlis diskussi diadakan di antara mereka terhadap peranan ulama menasihati para pemimpin.
Namun hasil daripada majlis berkenaan seolah-olah menjadi medan untuk mencari salah silap antara satu sama lain. Yang menjadi masalahnya, bukan pemimpin yang mencari silap, tetapi diantara mereka sendiri yang menyebabkan perdebatan di akhbar terus berterusan selepas berakhirnya wacana berkenaan(Ini persepsi yang timbul di hati ini). Lebihmalang lagi jika perdebatan ini diteruskan dikala kita menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433 hijrah.
Bancik berharap , dikala umat Islam di negara ini menghadapi krisis yang hebat seperti gejala pembuangan bayi dan sebagainya, eloklah kita semua hentikan segala perdebatan dan pertikaian antara satu sama lain. Ya, Bancik setuju ulama perlu menegur pemimpin dan pemimpin perlu menerima teguran dengan hati yang lapang.
Namun begitu, jika Saidina Umar Al Khattab, salah seorang seorang ulama agungpun minta ditegur, maka eloklah ulamapun sanggup berkorban untuk sanggup dikritik atau ditegur . Namun , ini adalah pendapat peribadi Bancik sahaja. Kalau nak jelas dan nak pakai pendapat ini, silalah rujuk kepada golongan ulama yang muktabar dalam hal ini.
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1433 kepada semua pembaca dan pengunjung laman ini.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment