Jom Follow.....

Wednesday, October 3, 2012

14,700 Jemaah Malaysia Sudah Berada Di Tanah Suci

18 Zulkaedah 1433


MEKAH, 3 Okt, 2012- Seramai 14,700 jemaah haji Malaysia atau kira-kira 53 peratus daripada 28,000 orang jemaah tahun ini sudah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah dan haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pada masa ini, 6,500 jemaah berada di Madinah dan selebihnya sudah mula menunaikan umrah di Mekah.

"Sehingga kini 42 penerbangan telah berlepas dari Malaysia dan tinggal 35 penerbangan lagi. Sejak 30 Sept, semua penerbangan akan mendarat di Jeddah dan penerbangan ke Madinah dihentikan...mereka akan berihram dari Jeddah dan akan terus ke Mekah menaiki bas," katanya kepada pemberita Malaysia di ibu pejabat Tabung Haji di sini.

Katanya setiap hari dianggar 1,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki Mekah dari Madinah dan mereka akan ditempatkan di 13 buah hotel yang disewa sekitar Masjidil Haram.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada masalah timbul setakat ini walaupun terdapat khabar angin adanya wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) di Tanah Suci.

Maklumat lanjut :BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...