Toing! Toing! Toing!.. Begitulah pendapat Bancik tentang berita terkini penyanyi yang pernah menghiburkan hati ini suatu ketika dahulu. Menurut laporan BH Online:
Tiada siapa dapat menduga perasaan penyanyi lagu Sampai Hati dan Bougenvila tatkala irama menusuk kalbu itu didendangkan dengan penuh perasaan di hadapan khalayak sambil memegang erat tangan anaknya.
Jika satu masa dulu, irama popular kumpulan Spring itu didendangkan Ameng di pentas konsert mahupun rakaman rancangan hiburan, ia kini menjadi lagu wajib buat pemilik nama Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, apabila beraksi di pentas penjara pula.
Dengan disaksikan teman banduan, keluarga mereka dan kakitangan penjara, nyanyian Ameng masih tetap berbisa.
Apa yang lebih menyentuh hati, ketika Ameng menyanyikan dua lagu berkenaan, anaknya, Wan Amar Haikal, 5, setia menemani bapanya di pentas sehingga tamat.
Itulah rutin hidup penyanyi dari Terengganu itu sejak setahun lima bulan lalu selepas menjadi penghuni tetap Penjara Kluang, apabila dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, tahun lalu.
Bagi Ameng, kehidupan di penjara menyedarkannya betapa pengorbanan keluarga terutama isteri, Sabariah Zakaria, 42, amat tidak ternilai dan besar maknanya.
“Saya sentiasa rindukan mereka di sini. Dulu saya tidak pernah terfikir, tetapi sejak dipenjarakan baru saya sedar. Isteri dan anak sudah buktikan kasih sayang dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi dalam menempuh susah senang hidup bersama dan ini amat menginsafkan.
“Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka selepas dibebaskan nanti bagi membalas pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung disebabkan saya,” katanya ketika ditemui pada Program Jalinan Kasih Aidiladha Penjara Kluang, di sini, semalam.
Bak kata lirik lagu Tamu Beradu, "Sampai Bilakah Kesilapan Menjadi Igauan...". Bangunlah semula Ameng seterusnya..lantun dan terus melantun ..toing..toing..toing....
No comments:
Post a Comment