14 Muharram 1434
Bancik merasakan sudah sampai masanya Parlimen Parit Buntar diberikan kepada calon tempatan untuk ditandingi pada PRU akan datang. Tidak kira sama ada di pihak BN atau Pakatan Tak Berdaftar, seharusnya kedua-dua pihak harus memberikan kepada calon tempatan untuk mewakili pengundi mereka.
Namun, ini adalah hanya satu permintaan daripada orang biasa yang bernama Bancik. Jika tak nak ambil pot sangat pun tak apa.Apalah sangat suara budak kampung ni..
Namun sebagai pengundi di sana, calon tempatan akan diberikan keutamaan Bancik dalam membuat keputusan pada masa mengundi nanti. Ini kerana, kami merasakan seolah-olah diabaikan berabad-abad sejak zaman Dr Hassan Ali lagi. Kemudian BN menang balik pun pakai calon luar jugak.
Namun, wakil kami nampaknya asyik berpolitik, maklumlah nak tawan Putrajayalah katakan nampaknya. Kepada warga parlimen dan ADUN di sana, mulakan langkah perubahan. Mai kita ramai-ramai pakat pilih oraghang tempatan pulak noo..... Ni pulak nak ada ADUN nak lari ke Parlimen pulak.., mana tau dapat jadi menteri macam Kak Pidah Aziz..? Berita lanjut: SH Online. Kok ya pun, betulkanlah dulu titi kat Titi Serong tu, nak tergeliat tangan nak putar stereng selama ni..Tak nak tolong betulkan ke titi yang serong tu .., jadi titi lurus...he.he..jangan marah...sahabat-sahabat teman hijau kat sana noo....
Wallahualam
No comments:
Post a Comment