Jom Follow.....

Thursday, November 15, 2012

Konsert 'Zikrullah' Hafiz Hamidun Cetus Fenomena Baru

2 Muharram 1434

Kehebatan konsert 'zikrullah' yang julung kali dianjurkan malam tadi mungkin bakal menjadi pencetus trend dalam industri muzik Islamik dan kerohanian di negara ini.

"Konsert Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun', diadakan pada malam pertama Muharam, tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam sempena penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, merupakan satu fenomena luar biasa dan mengasyikkan.

Dengan membawa anggota keluarga, termasuk bayi, kira-kira 2,600 peminat, kebanyakannya beragama Islam, memenuhi Dewan Perdana Felda di sini untuk menyaksikan konsert 90 minit Mohammad Hafiz Hamidun dan barisan artis Arteffects International iaitu Fitri Haris, Imam Muda Najdi, dan Izzat Mahadi.

Tidak sepertimana konsert hiburan yang biasa, konsert zikrullah begitu santai tetapi unik kerana ia berpaksikan tiga elemen iaitu "dengar, lihat dan rasa", diiringi lapan pemuzik.

Persembahan pada malam itu dipenuhi dengan "zikir", puji-pujian kepada Allah SWT, dengan peminat turut bersama-sama mengalunkannya, dengan penuh ikhlas memohon keampunan dan mengagungkan kebesaran Allah SWT dalam menyambut kedatangan tahun baru, dengan memanjatkan doa dan bermuhasabah diri.

 Mohammad Hafiz, lebih popular sebagai Hafiz Hamidun, mempersembahkan 12 lagu daripada album 'Zikir Terapi Diri', antaranya Ya Latif, Astaghfirullah, La Hawla Wa La, Tawbatan Nasuha, Subhanallah, Alhamdulillah dan Lawkana Bainana.

Maklumat lanjut: BERNAMA


1 comment:

  1. Assalamualaikum.. jom join kempen #PrayForGaza.. harap dpt bersama2 membantu dlam mendoakan mereka di bumi Palestin. >> http://rusukiri.blogspot.com/2012/11/lets-pray-for-gaza.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...