1 Muharram 1434
Bancik masih ingat lagi bagaimana bekas Perdana Menteri Malaysia , CheDet yang pernah mempersoalkan cara penangkapan peserta Ratu Cantik yang beragama Islam di suatu ketika dahulu. Itu baru hanya mempersoalkan cara penangkapan sahaja, sebaliknya Bancik difahamkan beliau mempersoalkan kenapa tidak dihalang dari awal dan sebaliknya peguatkuasa membiarkan mereka menyertai dahulu dan kemudian ditangkap serta diheboh dan dimalukan.
Namun teguran berkenaan telah dicanangkan oleh sebilangan besar yang mendakwa bijak pandai agama terutama di sebelah parti pembangkang bahawa Chedet telah menolak Islam.Namun apabila berlaku kenyataan daripada pemimpin pembangkang bahawa orang Melayu berhak bebas pilih agama, maka tidak pula teguran dilakukan oleh pimpinan utama mereka. Yang ada cuma teguran dari kalangan mereka yang tidak diiktiraf sebagai akar umbi oleh pemimpin mereka sendiri. Yang paling kuatpun, ada yang menyerahkan kepada rakyat sendiri untuk menilai. Bagi Bancik, kenyataan sedemikian seolah kita tunduk kepada demokrasi secara total. Namun sebaiknya demokrasi perlulah berpimpin. Dipimpin oleh Islam dan bukannya Islam dipimpin oleh demokrasi. Yang pasti Allah sahaja yang Maha menilai akan tiap-tiap sesuatu dan bukannya manusia. Penulis berpendapat ayat-ayat dan hukum Allah janganlah dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan ianya perlulah digunakan secara berhati-hati.
Wallahualam
memanipulasi serta memutar belitkan fakta. hurm
ReplyDelete