Jom Follow.....

Wednesday, November 28, 2012

Wanita Malaysia Berkerjaya Mudah Ditipu Di Internet

15 Muharram 1434


Hubungan keluarga yang renggang, mementingkan kerjaya serta mahu diberi perhatian menjadi antara faktor utama wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan internet yang melibatkan kerugian RM50 juta pada 2011.

Anggota Majlis Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap bahaya kes penipuan dalam internet terhadap wanita dan masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara itu.

Justeru, beliau mencadangkan supaya badan bukan kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan kaunter perkhidmatan aduan awam sekiranya berlaku kes penipuan tersebut.

"Gadis zaman sekarang tidak rapat dengan keluarga atau golongan yang lebih tua untuk membincangkan masalah dan pentingkan kerjaya jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri dan ini adalah punca berlakunya jenayah ini," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Ia meningkat daripada 514 pada 2010 menjadi 671 pada 2011 dengan kerugian mencapai RM20 juta pada 2010, RM50 juta (2011) dan RM17.6 juta bagi lima bulan pertama tahun ini.

Sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 417 wanita tempatan menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...