26 Rejab 1433
Penulis ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa 2012 yang akan jatuh pada 17 Jun 2012 nanti. Bagi penulis tak perlulah berdebat sama ada perlu atau tidak ianya disambut. Walaupun ada yang berpendapat hari ibu dan bapa adalahperlu disambut pada setiap hari, kenapa tidak kita lihat setiap sesuatu yang dilakukan, jika ianya mendatangkan kebaikan perlulah dilihat dari sudut yang lebih positif?
Sambutan ini perlu dilihat sebagai peringatan kepada kita, di kala kita mengejar kemajuan, kadangkala kita terlupa akan sesuatu iaitu kedua ibu bapa kita. Kepada yang masih ada bapa, kasihani dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Bagi penulis, penulis tak pernah menyambut hari bapa, kerana bapa penulis meninggal dunia semasa penulis berusia 15 tahun, iaitu tiada sambutan hari bapa pada masa itu. Namun penulis sentiasa mengharapkan rahmat dari Ilahi, kiriman doa dan rayuan terhadapNya setiap hari sentiasa memberikan kebahagian yang abadi kepada allayarham bapa penulis yang bernama Haji Hassan Bin Haji Johari di sana.Al Fatihah...
Wallahualam
No comments:
Post a Comment