14 Rejab 1433
Sumber dari BERNAMA melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis mengalu-alukan penerbit buku karya Irshad Manji yang dilaporkan berhasrat untuk menyaman kementerian itu. Bercakap di KLUANG, 3 Jun,2012 beliau berkata kementerian sememangnya menantikan Ezra Zaid, iaitu penerbit buku karya Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' untuk tampil membantu siasatan.
"Sama ada dia tampil secara sukarela atau tampil untuk menyaman KDN saya tidak kisah, yang pasti dia perlu tampil ke hadapan untuk bertanggungjawab dengan tindakan yang telah beliau lakukan," katanya.
Pada pendapat peribadi penulis, semakin ramai dikalangan individu-individu di zaman ini semakin berani mengeluarkan pelbagai hukum dan pendapat mengenai Islam menerusi penulisan masing-masing terutama dari luar negara. Penulis berharap ianya tidak dipolitikkan. Apa yang salah tetap salah dan yang benar perlulah diakui. Penulis serahkan perkara ini kepada mereka yang lebih berilmu dan berkuasa untuk menanganinya.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment