Jom Follow.....

Tuesday, July 10, 2012

Seorang Lelaki Terkorban Gara-Gara Mengamuk

21 Syaaban 1433

Rasa terkejutpun ada dan sedih pun ada apabila mendengar berita seorang individu telah ditembak mati disebabkan mengamuk di salah sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya.UTUSAN MALAYSIA  hari ini telah melaporkan bahawa di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita dikatakan mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Menurut laporan berkenaaan lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali. Sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.

“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Rasa sedih hanya disebabkan mahukan kuasa, individu berkenaan sanggup terkorban dengan cara yang tidak praktikal.Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa kita semua.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...