Jom Follow.....

Tuesday, July 10, 2012

Penceramah Perlu Bersikap Adil Dalam Berceramah

21 Syaaban 1433

Pada minggu lepas penulis secara tidak disangka diberi kelapangan oleh Allah S.W.T. untuk bersama-sama menghadiri satu kuliah Zohor di tempat kerja. Namun ketenangan penulis agak terganggu disebabkan tindakan penceramah berkenaan agak berat sebelah dalam memberi contoh terkini dalam memilih pemimpin.

Penulis bersetuju dengan kriteria yang beliau perjelaskan, namun contoh terkini yang diberikan agak berat sebelah. Kelemahan yang pihak/pemimpin yang dia sokong pula tak diketengahkan pula.Penulis faham kerana musim pilihanraya sudah makin dekat. Penulis juga faham dan akur jika kita ingkar pada mana-mana ayat dalam Al-Quran maka ianya akan menjejaskan akidah.

Namun penulis kurang bersetuju dengan cara penceramah berkenaan mentafsirkan Ayat Al-Quran , Surah Ibrahim-ayat 21 yang mengaitkan penyokong pemimpin ahli politik yang tak sealiran dengan beliau.Kajian pembacaan penulis, ianya(ayat berkenaan) merujuk kepada orang-orang kafir dan tafsiran pada ayat berkenaan agak jelas.Namun tak perlu penulis kupaskan disini ataupun nak berdebat dengan beliau. Jika tafsiran beliau benar, penceramah berkenaan akan dapat pahala, tetapi jika salah, biarlah beliau tanggung dan menjawab di hadapan Allah S.W.T. pada hari pembalasan nanti. Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, rujuklah kepada ulama-ulama yang takutkan Allah dan hari akhirat untuk mendapatkan kefahaman lanjut.

Bagi penulis , dalam politik Malaysia kita perlu lihat dari pelbagai sudut dan kedudukan strategi yang tertentu. Jika parti yang penceramah itu sokong itu hanya bertanding di kerusi yang jumlahnya lebih kecil daripada rakan mereka yang tidak beriman, nak menegakkan Islam ape ke bendanya?Itu baru pembahagian kerusi, menang belum tentu lagi. Silap-silap Islam pula akan tergadai disebabkan kesilapan mereka itu nanti. Minta dijauhkan Allah S.W.T. di bumi Malaysia ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...