Jom Follow.....

Saturday, July 21, 2012

Terima Kasih Rahmat Ekamatra !

2 Ramadhan 1433

Penulis amat tertarik bila membaca artikel di BH yang telah memaparkan berita bahawa Rahmat Ekamatra selesa selepas berhijrah. Rahmat kini (penulis percaya) bahagia dengan kehidupannya sekarang. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat lagu-lagu nyanyian beliau pada masa lalu telah menghiburkan insan-insan seperti penulis di kala kekecewaan. Terutama sekali "sentuhan kecundang". Lagu tersebut kami pakat-pakat layan bila gagal menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna atau sebagai penghibur hati yang sedang berduka pada zaman remaja.Tak silap penulis lagu berkenaan popular ketika penulis berada di Kelas 5 Sains di Sekolah Menangah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Teringat pada masa tu yang turut layan minat kumpulan berkenaan(tak silap penulis) ialah Cun(Nasrul), Tamam dan Mie Rockers.

Namun hanya itu yang kami mampu lakukan, pada zaman susah dan pada zaman penulis anak yatim dahulu. Bagi penulis inipun sumbangan besar Rahmat kapada insan-insan seperti kami.Selain dari Rahmat Ekamatra, penulis juga meminati lagu nyanyian Rahmat Tohak dari Kumpulan Mega.

Lagu-lagu ni, bukan semua membawa keburukan dan ianya terpulang pada sesiapa yang mentafsirkannya. Namun syabas di atas penghijraan berkenaan. Semoga lagu-lagu baru nyanyian beliau bakal membawa para peminat lebih mengingati Maha Pencipta dan PesuruhNya.

Penulis berharap agar Rahmat tidak menyebelahi mana-mana parti politik secara terbuka seperti mana trend yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tumpukan usaha menanamkan sifat menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai idola di kalangan umat Islam. Terima kasih Rahmat! Teruskan usaha murni anda.

Wallahualam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...