21 Syaaban 1433
Pembangkang di Malaysia perlulah telus dalam mengumumkan formula pembahagian kerusi yang bakal ditandingi mereka pada PRU yang akan datang nanti agar rakyat boleh membuat penilaian secara telus juga. Ini rentetan daripada wujudnya dakwaan bahawa DAP akan mendapatkan kuota 90 kerusi yang akan ditandingi seperti dilaporkan di mykmu.Namun dakwaan ini disangkal oleh Datuk Nik Aziz seperti dilaporkan di Sinar Harian yang beliau anggap sebagai karut. Manakala Datuk Sri Hadi Awang pula menolak sama sekali dakwaan berkenaan , juga di Sinar Harian.
Namun begitu, belum ada kenyataan bersama dikeluarkan oleh para pemimpin utama pembangkang.Jika ini tidak dapat dilakukan, ianya akan terus mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam yang semakin dimomokkan dengan ceramah agama diselitkan politik setiap hari. Maklumlah, banyak surau dan masjid dah dikuasai dan menjadi media terbaru mereka.
Sekurang-kurangnya bila ada pengesahan, jika benar DAP nak bertanding dengan kerusi dengan jumlah berkenaan(90) berbanding PAS, barulah senang para jemaah nak tanya soalan cepu emas kepada para-para penceramah berkenaan untuk mendapatkan pendapat mereka. Nak harapkan PKR, lebih kurang separuh daripada calon PKRpun dah dikalangan dari mereka yang tidak beriman.Secara nombor, kiralah sendiri bila diumumkan nanti.Bukankah dalam Al-Quran ada sebut dalam hal ini(larangan mengangkat golongan kafir sebagai pemimpin, terutama sekali yang secara terang anti terhadap Islam). Tetapi aneh, sejak berbaik dengan DAP, ayat-ayat berkenaan tak kedengaran pula.Sangka baik.., mungkin penulis terlena ketika ayat berkenaan dibacakan semasa ceramah berkenaan.
Oleh itu, umat Islam(termasuk penulis) tak kiralah fahaman politik perlulah berhati-hati dalam hal seperti ini.Semoga kita diampunkan oleh Allah S.W.T. atas segala dosa yang kita ada dan dijauhi dari sebarang malapetaka.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment