11 Ramadhan 1433
GAZA CITY, 30 Julai (Bernama) -- Sempena keberkatan bulan Ramadan, penduduk Gaza optimis perdamaian yang dinanti-nantikan akan terjalin antara dua puak terbesar Palestin yang bertelagah - Hamas dan Fatah.
Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin yang disokong oleh pihak Barat menguasai Tebing Barat, dipisahkan angkara perselisihan sejak enam tahun lepas.
"Ramadan adalah bulan penuh rahmat. Kami berdoa untuk perdamaian dan perpaduan antara puak-puak yang bertelagah," kata pelajar Palestin Salah Hamad.
Pada 26 Julai, pemimpin Gaza Ismail Haniyeh bertemu presiden baru Mesir Mohamed Morsi di Cairo untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkan Mesir untuk mengurangkan penderitaan penduduk di Gaza.
Maklumat lanjut :BERNAMA
Komen penulis:
Bukan rakyat Palestin sahaja berharap macam tu, kat Malaysia inipun , ramai yang berharap agar umat Islam di sini juga dapat duduk semeja dan berbincang secara baik.
No comments:
Post a Comment