Jom Follow.....

Monday, October 3, 2011

Cari Rezeki - Bersabarlah

Kadangkala penulis berasa agak tertekan apabila berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Masalah kesesakan jalan raya serta lebuh raya di Lembah Kelang ini seolah-olah tidak akan berkesudahan. Keluar gelap waktu subuh, bila pulang pula masih bergelap selepas waktu Maghrib.Namun begitu, disebabkan niat untuk mencari rezeki, terpaksalah diri ini banyakkan bersabar dan berserah pada Yang Esa.

Hendak dapatkan rumah di Kuala Lumpur, memanglah agak mustahil sekarang ini. Alternatif yang ada ialah mendapatkan rumah di sekitar pinggiran Kuala Lumpur yang mana penulis lebih mampu milik. Namun penulis berharap agar pihak berkuasa rancangkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah kesesakan ini.

Sebagai contoh, mana-mana kawasan yang boleh disediakan jejambat untuk elakkan lampu isyarat, pertimbangkanlah untuk dibina jejambat berkenaan. Ini termasuk juga di kawasan-kawasan yang melalui kawasan pinggiran kota iaitu di luar Kuala Lumpur, terutama di kawasan yang tidak dilalui sistem Komuter atau LRT.Dengan ini, sekurang-kurangnya beban tekanan rakyat jelata dapat dikurangkan.


Wallahualam.

4 comments:

  1. salam...bachik...doakan rezeki sy murah erks?? :)

    ReplyDelete
  2. cari rezeki kat bandar besar memang macam tu....jem masalah utama....

    ReplyDelete
  3. sabar la bancik..azie tak drive..
    naik public transport je..
    itu pun memang kena banyak bersabar..
    ramai orang, tren delay..
    sabo je laa :(

    ReplyDelete
  4. ermm kalau duduk di kawasan pinggir KL mmg problem sket bancik..tapi lebih aman kat sana kan..kite tak drive,naik transport awam je..kalau nak ke tempat2 yg takde public transport ni payah jugak walaupun duk KL pun

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...