Jom Follow.....

Saturday, October 15, 2011

Banjir Di Pasar Borong Selayang

Sebaik sahaja penulis sampai di Pasar Borong Selayang pagi tadi, penulis ternampak kesan-kesan  lumpur di bahagian bawah sebelah Pasar Borong Selayang. Ianya merangkumi kawasan gerai-gerai ayam segar di pasar berkenaan. Seorang penjaja ayam memberitahu penulis bahawa banjir kilat telah melanda kawasan berkenaan pada petang semalam sekitar pukul 3 petang.

Difahamkan air sungai bersebelahan tempat berkenaan telah melimpah dipercayai disebabkan oleh pelepasan air empangan di hulu disebabkan hujan lebat. Jika ini keadannya sekarang, maka eloklah kita menjauhi daripada berkelah di sungai-sungai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sudah banyak kali dilaporkan kejadian mati lemas disebabkan mangsa telah dihanyutkan oleh air sungai ketika berkelah.

Pihak berkuasa juga diharapkan agar melakukan kerja mendalamkan sungai atau longkang secara berterusan untuk mengelakkan banjir kilat di kawasan-kawasan tertentu.Ini bagi mengurangkan beban penduduk di kawasan berkenaan dalam menjalankan kehidupan mereka seharian.

Wallahualam

3 comments:

  1. samalah macam umah eita..
    pantang lebat sikit mesti banjir...

    ReplyDelete
  2. kadang2 ni longkang tersumbat sebab plastik2 sampah.

    ReplyDelete
  3. sistem pengairan bermasalah ni la masalah kt bandar2...hjan skit je dh banjir.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...