Jom Follow.....

Sunday, October 9, 2011

Filem Turut Berperanan Membina Masyarakat

Teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa penayangan filem yang bercorak hantu tidak membantu pembangunan masyarakat amat tepat pada masanya. Ini bukan sahaja terhadap filem dan drama dari Malaysia, tetapi termasuk juga filem-filem dari negara luar.

Bagi penulis yang membesar dengan suasana pengalaman ubat mengubati penyakit berkaitan hantu-hantu ini, penayangan filem seperti berkenaan akan terus memberi idea kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah hati dan hasat dengki mengamalkan ilmu sihir. Jika kita tidak tayangkan sudah tentu idea seperti ini tidak akan timbul di kalangan mereka.

Berdasarkan kepada pengalaman penulis yang melihat arwah bapa penulis mengubati mereka yang bermasalah, ada pasangan yang bahagia bercerai berai, peniaga yang berjaya, tiba-tiba tiada pelanggan, rasukan di tengah-tengah malam dan sebagainya. Semua itu pernah mengganggu tidur penulis ketika zaman kanak-kanak apabila pintu rumah sering diketuk di waktu tengah-tengah malam untuk meminta bantuan.

Oleh yang demikian, filem berkenaan bukannya dapat memberi pengajaran , tetapi kecenderungan penonton untuk mengikuti hal yang negatif lebih tinggi.Maka eloklah penggiat seni melihat dari sudut penghasilan filem-filem berkisarkan sejarawan Islam di zaman silam, perjuangan yang yang suci, konsep perpaduan yang boleh memberikan motivasi kepada penonton dan sebagainya. Dengan adanya filem-filem bercorak seperti  itu, penulis yakin ianya sedikit sebanyak dapat menyumbang dari segi membina peradaban bangsa.

Wallahualam.

2 comments:

  1. sekarang ni makin bertambah2 citer yang berunsurkan tahyul....
    kadang2 tu bla bidak2 tanyer susah nak jawab

    ReplyDelete
  2. saya tuju filem memaminkan peranan tersendiri.
    jadi buatlah filem yg boleh memainkan peranan yang positif bukan sebaliknya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...