Jom Follow.....

Saturday, December 31, 2011

Antara 901 dan Madrasah Solihin

6 Safar 1433

Di sekitar tempat tinggal penulis telah dinaikkan kempen 901 oleh para penyokong seorang pemimpin pembangkan terkemuka di Malaysia buat masa kini. Ianya sebagai salah satu usaha gerakan pembebasannya jikalau kes yang bakal disebut pada 9 Januari 2012 ini tidak menyebelahinya. Setakat ini pelbagai laporan polis dibuat untuk menghalang perhimpunan berkenaan.Untuk menghormati para penyokongnya, tak perlulah penulis menamakannya dalam artikel ini.

Kempen demi kempen dibuat bagi menghimpun seberapa ramai penyokong pada hari berkenaan. Namun bagi penulis, dengan ini menasihati diri penulis agar berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin secara membuta tuli. Namun penulis secara peribadi tidak dapat menyokong beliau atas beberapa perkara:

1. Beliau tidak menunjukkan standart yang penulis tetapkan secara peribadi dari segi keperibadian beliau sebagai seorang muslim.
2.Beliau tidak menentang kempen seksualiti merdeka dan salah seorang orang kuat beliau adalah penyokong kumpulan berkenaan.
3. Dasar-dasar yang beliau dan rakan-rakan beliau bercadang memperkenalkan sekarang cuba menambah kelebihan kepada suatu pihak yang mungkar dan mengurangkan apa yang ada sekarang termasuk apa yang termaktub dalam perlembagaan.
4.Kerajaan-kerajaan yang diwakili oleh  paksi politik beliau seolah-olah menghalang umat Islam melakukan seperti dari kebiasaan seperti larangan pembacaan al-quran menerusi pembesar suara, pertikaian ibadah qurban oleh rakan pakatan beliau, merobohkan gerai peniaga-peniaga secara pilih kasih dan sebagainya.
5. Sokongan paksi politik beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam
6. Dan banyak lagi, yang mana penulis tak perlu sebutkan.

Isu terkini ialah tindakan rakan sekutunya di sebuah negeri yang sedang angkuh hendak merobohkan madrasah yang telah berusaha lebih daripada 100 tahun tanpa mahu melakukan dialog dengan penduduk yang berkepentingan.

Persoalannya sekarang, sebagai seorang yang beriman, mana satukah yang lebih relevan perlu dipertahankan? Secara peribadinya penulis berpendapat bahawa Madrasah berkenaan lebih relevan dipertahankan tanpa mengira fahaman politik berbanding isu 901. Bagi pemimpin berkenaan, beliau sudah diberikan peluang untuk membela diri melalui proses mahkamah. Jika takdir menyebelahi beliau, beliau mungkin terlepas. Tetapi adilkah jika beliau memilih mengheret orang lain bagi membebaskan beliau jika nasib tidak menyebelahi beliau dan mengorbankan maslahat awam. Adakah adil jika wujudnya risiko jiwa yang terkorban semata-mata ingin membela beliau. Mungkin berbaloi jika sekiranya beliau secara hakikinya tidak bersalah, tetapi apakah yang terjadi jika secara hikikinya beliau adalah seorang yang bersalah pula?Itu belum mengambil kira kesusahan yang dihadapi oleh pihak lain seperti golongan awam yang menuju ke tempat kerja ,peniaga dan sebagainya?

Jika permainan seperti ini dibenarkan, bayangkan jika ada seorang penjenayah yang telah mengumpul harta kekayaan yang banyak , kemudian pihak berkuasa cuba mengambil tindakan ke atas beliau, tetapi beliau mampu mengupah sebanyak mungkin penyokong beliau membuat kekacauan dan berjaya melepaskan diri, apakah ini suatu keadilan?

Memang sistem perundangan manusia memang ada kelemahan, namun kelemahan dari segi perundangan juga boleh digunakan sebagaimana yang mana beliau gunakan sebelum ini bagi melepaskan diri. Namun kita perlu ingat bahawa di akhirat nanti, kita semua tidak akan terlepas daripada pengadilan Allah S.W.T. Maka dengan itu  bersama-samalah kita renung-renungkan bersama agar keselamatan dan kepentingan umat Islam di negara ini terus terpelihara.

Ya Allah, peliharalah keamanan dan keselamatan serta pengembangan syiar Islam di negara ini. Janganlah Engkau uji kami dengan ujian-ujian yang tidak mampu kami pikul. Sesungguhnya kami adalah golongan yang teraniaya.

Wallahualam

p/s:

Penulis akhiri tahun Masihi ini 2011 dengan artikel ini yang ke 222. Nombor 222 ini menggamit kenangan penulis ketika melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam sekitar tahun 90an lampau.Nombor ini ialah nombor Bas yang berulang alik dari Shah Alam ke Hentian Bas Kelang (KL). Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua pembaca yang Budiman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...