Jom Follow.....

Saturday, December 31, 2011

Sudah Sampai Masanya Sejarah Islam Diberi Perhatian

5 Safar 1433

KEPALA BATAS, 31 Dis, 2011 - Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.

Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukan memusnahkannya demi tujuan komersial.

"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini hari ini.

Sumber- BERNAMA

Bagi penulis, dalam hal seperti ini semua pihak perlu mengenepikan fahaman politik bagi memelihara nilai-nilai sejarah Islam di negara ini. Jika tempat ibadat bukan Islam boleh dipelihara, mengapa tidak dalam hal-hal yang berkaitan sejarah Islam. Sudah sampai masanya kita berubah dengan memberi pengiktirafan dan mengkagumi sejarah asal usul kita sendiri berbanding orang lain.

Lebih mengecewakan apabila melihat dalam paparan Aduan Rakyat di TV3 sebentar tadi, di kala penganut agama lain sedang sibuk membesarkan rumah ibadat mereka di sekitar tempat berkenaan, madrasah berkenaan mendapat nasib yang disebaliknya. Namun penulia anggap ianya sebagai salah satu lagi ujian Allah S.W.T. kepada kita semua dan sememangnya kita dituntut berfikir dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...