Jom Follow.....

Saturday, December 24, 2011

Beg Ajinomoto Vs Beg Agry Bird Di Musim Baru Persekolahan

29 Muharram 1433

Ketika ini ramai ibu bapa yang sedang sibuk membeli belah kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Pelbagai ragam yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa alaf ini terhadap karenah anak-anak sekarang. Semuanya nak angry bird. Kalau boleh baju , kasut dan pensil serta lain-lain peralatan sekolahpun nak di"angrybird"kan juga.

Kalau zaman penulis dahulu, tak banyak beg-beg sekolah yang berjenama. Kalau adapun cuma jenama kasut seperti Alif, Ba dan Ta. Tetapi sekarang , yang masih kekal ialah jenama Ba dan Ta sahaja. Alif pula dah hilang entah ke mana.

Beg pula, rata-rata tak berjenama dan pilihannya agak terhad. Cuma yang berjenama pada masa itu ialah beg plastik berjenama Ajinomoto yang pelbagai guna fungsinya dan tidak terhad kepada perisa makanan semata-mata.. Selalunya beg berkenaan digunakan ketika di peringkat tadika kerana buku tulis adalah sedikit. Namun bila ke peringkat berikutnya , beg berkenaan masih digunapakai sebagai beg sampingan untuk menyimpan buku tulis

Namun, anak-anak sekarang tanpa mengira pelbagai peringkat amat suka kepada jenama "angry bird". Hinggakan mahasiswi di IPTA dan di IPTS pun kadangkala masih menyukai ikon berkenaan. Oleh kerana phenomena ini, tak hairan jika ibu bapa pula yang menjadi "ANGRY" di musim baru persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Wallahualam

@MyBancik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...