Jom Follow.....

Friday, December 16, 2011

Ibubapa Sibuk, Anak Sakit Mental

20 Muharram 1433 Hijrah

Berita di akhbar hari ini telah memaparkan bahawa ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak. Sumber telah memetik bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai telah membuat kenyataan bahawa  isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.

“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.

Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.

 Menurutnya lagi memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.

Oleh itu bagi ibu-ibu, bapak-bapak yang bekerja , maka perkara ini perlulah diberikan perhatian bersama agar masalah inidapat dielakkan.Itu belummasuk lagi gelagat ibu bapa yang stress di tempat kerja dan membawa pulang pula gejala tersebut ke rumah.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...