Jom Follow.....

Tuesday, December 27, 2011

Besar Sangatkah Status Graduan Universiti Al Azhar?

3 Safar 1433

Seorang Menteri Besar telah dilaporkan berkata  menerusi akhbar perdana pada 26 Disember 2011 bersamaan 1 Safar 1433, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Ini merujuk kepada isu Madrasah Salihiah di Alor Setar  yang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan komplek membeli-belah. Bagi penulis, sebagai seorang Islam, penulis menasihati diri penulis, sepandai-pandai manusia, pandai lagi Allah S.W.T.

Tak perlulah kita memperagakan status kelulusan kita dari mana.Yang penting hindarilah diri kita dari sebarang sikap ego, angkuh atau takbur. Bagi penulis, kita semua sama sahaja, cuma yang beza ialah amalan kita.Allah S.W.T. tidak memandang pada paras rupa, harta dan pangkat seseorang tetapi sebaliknya melihat kepada hati dan amalan kita.Moga kita semua dikasihi dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.


Wallahualam

@MyBancik

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...