Jom Follow.....

Thursday, December 29, 2011

Jangan Sewenang-wenangnya Mengangkat Seseorang Pemimpin Sebagai Imam Mahdi

4 Safar 1433

Penulis agak tergamam bila terbaca sebuah artikel dalam satu portal yang berunsurkan politik yang menyatakan bahawa seseorang yang dikenali sebagai guru agama yang berkelulusan tinggi yang aktif dalam politik di Malaysia(tetapi bukan parti politik yang bertemakan Islam sebagai perjuangan) telah mengangkat seorang pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi.Penulis tidak perlu menamakan pihak berkenaan kerana , dalam sumber portal politik seperti ini, kesahihan cerita perlu diperolehi dari pelbagai sumber yang lain juga. Jika sahihpun, penulis tidak akan mendedahkan nama pihak berkenaan atas prinsip-prinsip tertentu .


Jika kenyataan portal berkenaan benar, penulis menasihati diri penulis dan yang lain-lain bahawa, jika kita nak sokong pemimpin kita sekalipun, janganlah sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang sedemikian rupa. Sudah-sudahlah... , cukuplah dakwaan oleh sesetengah pihak dalam sebuah politik parti tertentu yang amat menjengkelkan di mana seorang Ketua Menteri bukan Islam di sebuah negeri di utara semenanjung tanah air telah diagungkan-agungkan dikalangan segelintir ahli mereka telah mengamalkan cara pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Penulis percaya, banyak kajian dan rujukan kitab tertentu yang memberikan panduan tertentu apakah ciri-ciri yang perlu ada pada Imam Mahdi. Kalau setakat gerak laku dan tindakan yang ada pada semua pemimpin politik yang ada di seluruh Malaysia sekarang ini(termasuk kerajaan atau pembangkang),penulis yakin tiada satupun yang belum layak dan menepati akhlak setaraf Imam Mahdi setakat ini.

Sebagai orang yang beriman, kenyataan seperti berkenaan tidak sepatutnya dibuat kerana ianya bakal memberi kekeliruan kepada umat Islam, tambahan yang membuat kenyataan itu ialah seoarang yang amat dikenali sering memberikan ceramah ugama.Namun penulis hentikan isu ini setakat ini sahaja, kerana biarlah hal-hal seperti ini ditangani oleh pihak alim ulama yang lebih muktabar melakukan siasatan terhadap isu ini jika terbukti adanya isu.

Wallahualam

@MyBancik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...