myBancik

blog muzikal pertama memaparkan nukilan dari sudut hati dan sanubari

Jom Follow.....

Friday, December 16, 2011

Ikan Kembong Oh Ikan Kembong

20 Muharram 1433 Hijrah

ALOR SETAR, 16 Dis , 2011 - Harga ikan kembung atau bahasa sainsnya "Scombridae" di  Pasar Besar Alor Setar melambung daripada RM3 kepada RM10 sekilogram, malah ada beberapa kawasan sehingga RM12 sekilogram, sejak sebulan lepas yang didakwa disebabkan bekalan tidak mencukupi.

Peniaga Ali Harun, 43, berkata cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut.

Ali, yang mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah, berkata sebelum ini dia boleh mendapat sehingga 500 kilogram sehari tetapi kini hanya memperoleh 60 kilogram.

"Harga dari peraih RM8.50 menyebabkan kami terpaksa jual RM10. Keuntungan berkurangan tidak seperti sebelum ini kerana pelanggan enggan membeli banyak," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar Jumaat.

Seorang lagi peniaga Ghazali Abdul Rahman, 72, berkata disebabkan harga ikan melambung, ada pelanggan tetapnya terkejut dan mengeluh kerana ia terlalu mahal walaupun bukan pada hari perayaan.

Katanya ada antara pelanggan yang mengetahui situasi semasa harga ikan tidak merungut malah hanya membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnya tetapi dia percaya harga ikan itu akan kembali normal setelah bekalan mencukupi.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar di sini mendapati rata-rata pelanggan membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelum ini yang membeli tiga hingga lima kilogram.

Mohd Khir Hamid, 48, yang sering membeli ikan kembung di Pasar Besar itu, berkata kenaikan harga yang mendadak itu dirasai terutamanya oleh keluarga miskin atau berpendapatan rendah.

Tinjauan di Pasar Pekan Tokai di Pendang pula mendapati rata-rata peniaga terpaksa menjual ikan kembung pada harga RM12 sekilogram disebabkan harga yang dibeli dari peraih terlalu tinggi iaitu RM9.50 sekilogram.

Mohd Khairul Hisham Senaman, 25, berkata hasil jualannya sejak sebulan lalu menurun memandangkan pelanggan mula beralih kepada makanan lain yang lebih murah.

Sumber - BERNAMA
Posted by Bancik at 1:17 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Keluhan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Ikuti

Follow @mybancik

Total Pageviews

Klik Di Sini Sebagai Sokongan Kepada Blog Ini

Jika Rasa Gembira Klik Klik...

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

View My Stats

Salam Ukhuwah

Carian Melalui Bancik

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments
Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog Bancik

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung yang berkunjung ke blog ini. Ini merupakan blog peribadi penulis.Blog ini cuba memaparkan cerita -cerita penulis , pengalaman hidup , petua - petua , sedikit cerita yang menjurus kepada motivasi diri serta pelbagai isu semasa yang tertentu.

Selain daripada itu isi kandungan blog ini diharapkan agar dapat menjadi tatapan rakan "bloggers",taulan, ahli keluarga dan generasi penulis pada masa akan datang.Bagi menakluk impian dan cita-cita, ianya boleh diumpamakan sebagai seolah-olah kita bercita -cita menakluk Kota Konstantinople di suatu ketika dulu.Pada sejarah yang lalu, untuk menakluk kota berkenan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Kota Konstantinople akan ditakluk oleh pemimpin yang terbaik, yang memimpin askar yang terbaik dan rakyat yang terbaik".

Akhirnya kota berkenaan berjaya ditakluk oleh seorang Sultan yang pada masa pemerintahannya, kesemua ciri-ciri berkenaan telah dipenuhi.

Catatan berkenaan pengalaman lampau kita amat penting agar kesilapan dan kelemahan lalu yang telah menjadi sejarah tidak akan diulangi semula oleh generasi akan datang. Sejarah akan tetap menjadi sejarah walaupun ada yang mempertikaikannya dan cuba menulisnya semula.

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan(menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana(Al-Quran; Surah Luqman;Ayat 27)

Seperti mana yang pernah difalsafahkan oleh Sun Tzu "Those who forget history are doomed to repeat the past", iaitu dengan kata lain "Orang-orang yang melupakan sejarah ditakdirkan untuk mengulang masa lalu".

Akhir kata, selamat melayari blog Bancik yang tak seberapa ini.






















































































































































































































































BANCIK ?

My photo
Bancik
I was born in Sungai Bakau,Parit Buntar,Perak. I am considering myself as "Orang Biasa" or Ordinary Person and I came from a rice farming family. “Bancik” is my nick name.The views and opinions expressed on this blog are purely the blogger’s own and do not reflect the views of other individual or institution.
View my complete profile

Popular Posts

  • Contoh Tanda-tanda Demam Denggi
    12 Rabiulakhir 1433 Jika anda berada dalam keadaan tidak sihat dan mengalami sindrom kesejukan keterlaluan secara tiba-tiba, terutama apab...
  • Ketua Armada Bersatu Pusat Perlu Lepaskan Jawatan
    15 Zulhijjah 1440 Ketua Armada Bersatu Malaysia pusat, diminta melepaskan jawatan oleh kerana beliau sudah tidak boleh sependapat lagi den...
  • Batu Karang Dalam Buah Pinggangku
    Selepas sahaja waktu maghrib hari ahad lalu, dengan tiba-tiba pinggangku terasa teramat sakit. Ini kali kedua selepas dua tahun lepas ianya ...
  • Sungai Bakau
    Sungai Bakau adalah salah sebuah pekan kecil yang terdapat di utara semenanjung. Ianya bersempadan diantara dua negeri iaitu Seberang Perai ...
  • Apabila Pinggan Pecah Hancur Berderai
    16 Muharram 1433 Kelmarin, penulis mempunyai peluang untuk meluangkan masa untuk pulang ke kampung. Apabila sampai di kampung , penulis, i...
  • Contoh Tanda-tanda Demam Denggi Part 2
    12 Rabiulawal 1434 Adalah amat penting bagi individual yang pernah kena jangkitan denggi untuk mengelakkan jangkitan pada kali kedua. Ini ...
  • Basikal "Racing" Ubah Suai Sendiri
    Sekarang ini, anak-anak muda atau remaja semakin meminati basikal yang tidak mempunyai brek dan dijual dalam bentuk pelbagai warna yang mena...
  • Siapakah Asalnya Di Belakang Penubuhan PTPTN?
    23 Jamdilawal 1433 Sudah menjadi prinsip dalam penulisan blog ini bagi mencari kebenaran atau melontarkan persoalan untuk direnungi bersam...
  • Kapal Selam Mendarat Di Pantai Kelebang, Melaka
    Kapal Selam Di  Melaka@MyBancik 2011 4 Muharram 1433 Hijrah Baru-baru ini media tanahair telah melaporkan bahawa sebuah kapal selam ter...
  • Pendakap Gigi Tanpa Wayar (Wireless) ?
    28 Zulkaedah 1433 Bancik ingat hanya telefon atau jalur lebar sahaja yang sekarang ini beroperasi tanpa wayar atau dalam bahasa Inggerisny...

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
  • ►  2016 (6)
    • ►  August (5)
    • ►  March (1)
  • ►  2015 (11)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (40)
    • ►  December (8)
    • ►  November (4)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (147)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  May (7)
    • ►  April (15)
    • ►  March (33)
    • ►  February (33)
    • ►  January (33)
  • ►  2012 (392)
    • ►  December (33)
    • ►  November (32)
    • ►  October (33)
    • ►  September (33)
    • ►  August (32)
    • ►  July (33)
    • ►  June (32)
    • ►  May (32)
    • ►  April (33)
    • ►  March (33)
    • ►  February (33)
    • ►  January (33)
  • ▼  2011 (222)
    • ▼  December (38)
      • Antara 901 dan Madrasah Solihin
      • Gempar 9 Kepala Babi di Masjid
      • Sudah Sampai Masanya Sejarah Islam Diberi Perhatian
      • Ujian
      • Karipap Besar Di Kemunting Taiping
      • Jangan Sewenang-wenangnya Mengangkat Seseorang Pem...
      • Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid
      • Besar Sangatkah Status Graduan Universiti Al Azhar?
      • Apabila Pusat Beli Belah Didahulukan Berbanding Ma...
      • Tragedi Sebuah Kek: Aku Takkan Muram Oh Kerananya
      • Aku Siapa?
      • Beg Ajinomoto Vs Beg Agry Bird Di Musim Baru Perse...
      • Hasan Ali Nafi Kaitan Dengan UMNO, Tarik Balik Kri...
      • Kepada Siapakah Syaitan-syaitan Selalu Mendekati?
      • Usah Cabar Mencabar:Damaikanlah Mereka Yang Berbalah
      • Nasharuddin Tidak Akan Tinggalkan PAS
      • Hasan Ali Tidak Kisah Jika Digugurkan Daripada Jaw...
      • Mahasiswa, Mahasiswi - Belajarlah Baik-baik dan Te...
      • Empat Puluh Soalan Dengan Satu Jawapan
      • Nik Abduh Bidas Harakah
      • Berniaga: Kenapa Mahu Menipu?
      • Iman Harta Yang Paling Berharga
      • Ikan Orang Miskin Semakin Mahal
      • Ibubapa Sibuk, Anak Sakit Mental
      • Ikan Kembong Oh Ikan Kembong
      • Jangan Tinggah Jemaah-Nasrudin
      • Banjir Luar Kebiasaan Di KL - Manusia-Manusia di M...
      • Hentikan Mempersendakan Hukum Allah
      • Isu Air Zam Zam Pulak
      • Saya setia kepada Allah - Hasan Ali
      • Apabila Pinggan Pecah Hancur Berderai
      • Tidak Menjual Nasihat
      • Muzium Kapal Selam di bumi Hang Tuah-KOSMO
      • Ke Mana Perginya Pepatung?
      • Hati-Hati Dengan Keadaan Lebuhraya Plus(PLUS) di S...
      • Dedah Kemewahan Tetapi Sorokkan Identiti Suami
      • Penghujung Selatan Tanah Besar Asia Terletak Di Ma...
      • Rasis: Muhyiddin Bidas Media Propembangkang
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (29)
    • ►  August (27)
    • ►  July (12)
    • ►  June (21)
    • ►  May (11)
    • ►  April (5)
    • ►  March (9)
    • ►  February (8)

TETAMU


widgeo.net
free counters
Free counters

Sertai Komuniti MyBancik

My Blog List

  • Ekonomi
    Perang di Asia Barat: Tingkatkan Perdagangan Domestik untuk Kurangkan Kebergantungan Luar
    1 week ago
  • MyInfo
    Harga MSM Akan Lebih Stabil Susulan Penubuhan CPOPC
    9 years ago
  • MyInvest2U
    TM Buy P1
    11 years ago
  • myFollo
    Pengenalan
    13 years ago

Pages

Kategori

  • Aku dan Lagu (3)
  • Alam (13)
  • Antara Kesilapan-kesilapan Yang Perlu Dielakkan (2)
  • Asal Usul (4)
  • Berita Luar Negara (16)
  • Blog (4)
  • Cer Citer (18)
  • Cerpen Ku (4)
  • Etika Penulisan Pada Pandangan Bancik (5)
  • Hadis (1)
  • Hobi (1)
  • Kehidupan (65)
  • Keluhan Rakyat (110)
  • Keluhan Ummat (1)
  • Kembara (3)
  • Ketuhanan (13)
  • khutbah Jumaat (1)
  • Koleksi Bacaan (3)
  • Koleksi Doa-doa Di Dalam Al Quran (4)
  • Makanan Dan Minuman (8)
  • Motivasi (5)
  • Mutiara Kata (16)
  • Pengalaman Hidup (94)
  • Pengetahuan Islam (49)
  • Perjuangan (192)
  • Petua Pilihan (6)
  • Politik (164)
  • Puisi (7)
  • Sejarah (27)
  • Sukan (13)
  • Umum (94)
  • Utiliti (3)
Link Building

Ditubuhkan

Sejak 14 Februari 2011 @ 11 Rabiulawal 1432Hijrah

free web site traffic and promotion
Free Automatic Link
backlink
Online Users
Hak Cipta @ Bancik. Simple theme. Powered by Blogger.