Jom Follow.....

Friday, December 9, 2011

Tidak Menjual Nasihat

14 Muharram 1433 Hijrah

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang ulama yang bernama Abdul Rahman Al-Auza'iy. Beliau dilahirkan di kota Syam, Syria pada tahun 88 Hijrah. Dari lahir lagi beliau memegang status anak yatim dan hidup dalam keadaan miskin. Beliau dibesarkan oleh ibunya sehingga dewasa dan kemudian mereka berpindah dan menetap di Beirut, Lubnan sehingga akhir hayatnya pada sekitar tahun 157 Hijrah.

Pada suatu hari, beliau bertemu Khalifah Al Mansur dibawah pemerintahan kerajaan Abbasiah di kota Syam. Beliau mengambil peluang menyampaikan nasihatnya;

"Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya tuan adalah pemegang amanah hati nurani rakyat. Padahal sebelumnya telah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung, namun mereka semua menolaknya. Ingatlah , Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, " Seseorang pemimpin itu ketika menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkannya masuk syurga.". 

Wahai Amirul Mukminin, barangsiapa benci terhadap kebenaran, maka bererti dia benci kepada Allah , kerana Allah adalah Zat Yang Maha Benar. Sesungguhnya, seberat-berat amal adalah menegakkan kebenaran, dan semulia-mulianya perbuatan menurut Allah adalah taqwa.

Sesudah memberi nasihatnya, beliau segera beredar untuk pulang. Ketika bersalaman, Khalifah menyelitkan wang sebagai bekalan di perjalanan. Namun begitu, pemberian tersebut ditolak sambil memberi nasihat, "Aku tidak memerlukan wang. Aku tidak akan menjual nasihatku dengan harta benda."

Beliau  hidup dalam keadaan sederhana.Diceritakan  ketika beliau meninggal dunia, beliau hanya mempunyai harta sebanyak tidak lebih daripada 7 dinar sahaja.

Wallahualam

Sumber : Dipetik dari Himpunan Kisah-kisah Teladan, Syarikat Nurulhas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...