17 Rabiulakhir 1434
Bancik tertarik dengan kenyataan seoarang pemimpin politik yang meminta ketuanan Melayu dihumban keluar dari arus politik negara atas dakwaan tidak adil ke atas kaum lain dan tidak menurut Al Quran. Bancik menghormati pandangan beliau namun Bancik berpendapat sebaliknya. Ketuanan Melayu di Malaysia jika kita lihat dari segi konteks di Malaysia sebenarnya adalah juga merujuk kepada Ketuanan Islam.
Jika kita lihat, apabila beratus tahun umat Islam di jajah, maka perlunya konsep ketuanan itu diwujudkan bagi menyusun semula masyarakat dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan adanya konsep berkenaan, banyak institusi-institusi Islam berjaya ditubuhkan dan diperkasakan. Maka adalah tidak adil untuk menghumbankan konsep ketuanan Islam dan memperlekeh-lekehkan ketuanan Melayu yang selama ini telah berjaya menegakkan Islam dan melahirkan ustaz-ustaz yang telah dihantar ke luar negara untuk mencari ilmu disebabkan kemakmuran yang wujud daripada hasil ketuanan tadi, walaupun sebahagian besar graduan berkenaan menentang pelaksaan dasar berkenaan. Jika kita telah berjaya, jangan pula menghalang pihak lain untuk menikmati konsep berkenaan sebaliknya kita perlu berusaha memperbaikinya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment