13 Syawal 1433
Penulis ingi memaparkan kembali/mengabadikan suara Ustaz Khazim seperti yang dipaparkan pada Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-bisik Awang Selamat untuk dijadikan renungan bersama. Penulis memang bersependapat dengan beliau. Cuma dalam bab agama ini, beliau lebih layak membuat kenyataan.Antara petikan kenyataan beliau:
Bercakap mesti ada dalil. Jangan hina sebarangan. Islam bukan dikutip di tepi jalan. Islam diturun melalui nabi kita (Nabi Muhammad SAW), turun dengan wahyu. Tetapi baru-baru ini, tuan-tuan tidak kira sesiapa pun baru sat-sat pakai tudung, dah jadi ustazah. Ini apa ini. Adakah semudah dan semurah itu Islam. Tidak perlu mengaji, tidak perlu tadah kitab, belajar tauhid, boleh beri ceramah kepada orang. Bukan saya hina, tidak. Kalau betul berhijrah, kalau betul kita sudah bertaubat, pergilah belajar. Tambahkan ilmu, tadah kitab dengan guru yang muktabar, yang mursyid. Jadilah pejuang Islam sebenar dengan mendokong ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya cakap tadi, perbandingan kita macam satu karpet. Katakanlah karpet kita ini tidak elok, ada dua tiga tompok tahi kucing, jadi apa kaedah untuk kita bersihkannya. Kaedahnya, kita hanya perlu bersihkan tempat yang ada najis sahaja, tidak perlu basuh semua. Serupa juga ada kesan kencing budak di dalam karpet masjid, bagaimana ia perlu dibersihkan. Tidak perlu bersih semua, cukup sekadar basuh ditempat kena najis sahaja. Saya merupakan orang yang konsisten mempertahankan Islam. Saya tidak tolak hudud dan akan terus mempertahankan Islam. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk sokong karpet (baru) jika karpet ini karpet Islam. Tetapi tuan-tuan, karpet yang kononnya lebih baik daripada karpet lama ini, depa yang sebenarnya paling kuat menentang Islam. Depa paling kuat menentang sekolah agama Islam, mereka konsisten , mereka juga yang mahu hapuskan keistimewaan orang Islam. Lebih malang lagi, meresap pula fahaman syiah, khawarij, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), fahaman pluralisme yang kata semua agama sama. Macam mana hendak sujud jika karpet ada fahaman LGBT.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Wallahualam
No comments:
Post a Comment