Jom Follow.....

Wednesday, August 8, 2012

Kesesakan Trafik Antara Alasan Pembekal Naik Harga Barang

20 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 8 Ogos, 2012- Kesesakan trafik adalah antara alasan yang diberi pembekal untuk menaikkan harga barang, terutama barangan keperluan harian di Lembah Klang menjelang sambutan Aidilfitri.

Menurut peniaga barangan basah yang ditemui Bernama Rabu, mahu tidak mahu mereka terpaksa mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan akibat tindakan pembekal terbabit.

Pembekal mendakwa mereka terpaksa mengeluarkan kos bahan api yang tinggi sebab lori tersangkut dalam kesesakan ketika menghantar bekalan ke pasar, kata Chan Mei Yin, seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit di sini.

Katanya pembekal juga mendakwa kesesakan jalan menyebabkan mereka terpaksa membayar upah lebih masa kepada pekerja dan pelbagai lagi sebagai mewajarkan perbuatan menaikkan harga sayuran.

Pemerhatian Bernama mendapati antara barangan yang naik harga antara 10 sen hingga 50 sen sekilo ialah halia, kunyit, lengkuas dan cili.

Seorang peniaga ayam di Pasar Borong Selayang, Salleh Mohd pula mendakwa ada segelintir peniaga ayam tidak bermoral mengubah suai alat timbang memandangkan harga produk itu dikawal kerajaan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...