Jom Follow.....

Saturday, August 11, 2012

Kes Demam Denggi Masih Membimbangkan

23 Ramadhan 1433

360 Kes Denggi Dilaporkan Bagi Tempoh 29 Julai Hingga 4 Ogos

Nampaknya kes demam denggi masih belum menunjukkan penurunan . Terbaru menerusi laporan BERNAMA sepanjang minggu lepas sebanyak 371 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan sembilan buah negeri mencatatkan peningkatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata Selangor meningkat kepada 18 kes, Terengganu meningkat 16 kes, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta Johor masing-masing meningkat 10 kes, Melaka dan Kelantan enam kes, Perlis dan Perak empat kes.

Beliau berkata angka terkini itu menjadikan jumlah kes terkumpul bagi tempoh Januari hingga 4 Ogos lepas ialah sebanyak 13,533 kes iaitu meningkat 11 peratus atau 1,306 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Hati penulis amat mudah tersentuh bila terbaca bab denggi ni. Penulis pernah menulis topik berkenaan tanda-tanda demam denggi dan ianya telah menjadi topik yang paling popular di blog ini setakat ini. Begitu juga , penulis pernah abadikan kisah demam denggi dengan artikel yang ditulis bertajuk Bila Mana Ku Di Ambang Kritikal.

Selain daripada kes kematian disebabkan kemalangan di musim perayaan, kes kematian disebabkan demam denggi juga sering menghantui negara ini. Bagi penulis semua pihak perlu memainkan peranan sama ada dari segi pencegahan, mendapatkan rawatan awal dan tindakan susulan selepas rawatan. Ini termasuklah pihak berkuasa tempatan, penduduk dan masyarakat. Kadangkala jika kita hanya pentingkan diri sendiri, kita cuma akan pastikan kawasan rumah kita sendiri sahaja yang bersih. Persoalannya, apakah kita tidak ke pasar malam atau pasar-pasar lain di kawasan kejiranan kita? Penulis lontarkan persoalan ini untuk renungan bersama.

Apapun, selepas berusaha, kita serahkan pada Yang Maha Kuasa.

Wallahualam



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...