Jom Follow.....

Sunday, August 5, 2012

ADUN DAP Digesa Tarik Balik Kenyataan Mengenai Perlembagaan

16 Ramadhan 1433



KUALA LUMPUR, 5 Ogos,2012 - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menggesa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan menarik balik kenyataannya mengenai Perlembagaan Persekutuan yang disiar akhbar semalam.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata kenyataan yang dibuat Adun DAP itu mengelirukan rakyat.

Beliau merujuk kepada kenyataan Manoharan yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam di bawah tajuk 'DAP Mahu PAS Pecat Mohd Nor'.

Manoharan dilapor berkata: "Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan perkataan kolot apabila membicarakan soal agama. Ini kerana dalam konteks Malaysia, Perlembangaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan Perlembagaan menegaskan Malaysia adalah negara sekular."

Wan Mahmood berkata jika benar Manoharan mengeluarkan kenyataan itu, beliau harus menarik balik dan membetulkan fakta.

"Ini kerana pada pandangan saya, ini (kenyataan Manoharan) bercanggah dengan Perlembangaan Malaysia dalam artikel 3(1) jelas menyatakan Islam adalah agama rasmi persekutuan," katanya.

Beliau juga berkata perkara sama termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Selangor.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...