Jom Follow.....

Monday, February 14, 2011

Aku Dan Isteri

Artikel asal ditulis pada 7 Mac 2010

Aku secara rasminya bergelar suami pada 26 Jun 1998 diakad nikahkan di Surau Taman Kemunting Jaya Taiping Perak. Mula mengenali Anisah Binti Mohamed Junus`semasa melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Arau pada 1 Julai 1991 dalam jurusan Pre-Commerce. Kami diletakkan dalam kelas yang sama sehingga tamat pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan pada tahun 1994.

Semasa pengajian di ITM Arau, aku dan isteri tiada apa-apa hubungan atau perasaan, kerana fokus aku pada masa itu hanya ingin menamatkan pengajian secepat mungkin dan dalam masa yang telah ditetapkan.Namun begitu, aku tidak mengerti mengapa beberapa rakan rapat aku sering cuba mengaitkan aku dengan isteri aku pada masa berkenaan. Begitu juga dengan isteri aku(seperti mana yang diceritakan beliau), sering juga dikaitkan dengan aku, oleh teman-teman yang rapat dengan beliau. Malah beliau juga amat membenci dengan cara dan perwatakan aku pada masa itu(he..he.. padan muka..dah jadi suami kau akhirnya).

Apabila tamat pengajian di peringkat diploma, aku terus tanpa membuang masa melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Lanjutan Pengurusan & Perniagaan(Kewangan) di ITM shah Alam pada 1 Januari 1995.Dalam masa aku mencari rentak diperantauan, isteriku pada semester berikutnya turut melanjutkan pengajian di kampus yang sama tetapi jurusan yang berlainan(Insuran). Maka hubungan sebelum ini yang tak terjalin(kalau sekarang ni..lagu tema cari jodoh-kumpulan Wali lah katakan...), dengan kuasa yang Maha Esa, hubungan aku dan isteri mula bertaut. Mula - mula agak tak berapa nak menjadi, tetapi disebabkan satu peristiwa yang tak disangka, isteri aku rupa-rupa menyedari bahawa dia sebenarnya mencintai aku.

Hubungan ini berterusan hingga ke jinjang pelamin dan sekarang telah menghasilkan empat(4) orang anak dan insyalallah terus dirahmati Allah dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...