Jom Follow.....

Sunday, February 20, 2011

Wake Up Ameng !!! Ayuh!! Bangunlah Ameng!!

Selepas membaca berita mengenai terkini mengenai penyanyi ini, aku merasa simpati dengan nasib yang menimpa beliau. Salah sebuat stesen TV di sini telah memaparkan kisah berkenan semasa proses pendakwaan di mahkamah dengan berlatar belakangkan sebuah lagu yang pernah beliau popularkan bersama kumpulan Spring dahulu iaitu " Sejujur Mana Kata Kata".


Lagu yang pernah popular bersama Kumpulan Spring




Sebagai salah seorang penyanyi yang pernah menghiburkan aku melalui lagu-lagu yang tangkap lentok di satu ketika dahulu, aku terpanggil untuk menyeru beliau agar bangun kembali. ...Setidak-tidaknya renungkan kembali lirik lagu ini untuk kembali bangun meneruskan kehidupan. Berusahalah untuk pulih kembali dan mohonlah bantuan kepada pihak yang berkenaan seperti PENGASIH dan sebagainya.

"Pengalaman telah mendewasakan..pahit getir yg pernah dilalui guruku abadi".....lirik lagu tu pun dah cukup membuat dia sedar tapi ntahlah....simpati pun ada juga..."Allah tidak akan merubah nasib seseorang hambanya sehingga dia berubah sendiri....jauhilah dadah ", Itulah komen daripada rakan facebook aku , Azman Ali, bila aku postkan lagu"Sejujur Manakah Kata-Kata" di dalam facebook aku semalam.

Sebagai salah seorang pendengar yang pernah terhibur dengan lagu-lagu beliau bersama Kumpulan "Spring " dahulu, aku hanya mampu menyeru agar beliau bangun melihat konteks kehidupan yang lebih luas. Jangan jadikan kekecewaan untuk terus kecewa. Sebaliknya, jadikanlah kekecewaan sebagai pencetus semangat untuk bangun kembali. Tentang anak-anak tu, percayalah mereka akan mencari Ameng semula bila mereka dewasa nanti, Insyaallah.

Ameng mempunyai banyak koleksi lagu yang boleh dijadikan sumber kekayaan di masa hadapan. Siapa tahu Ameng pula bakal menjejaki Jamal Abdillah membuat persembahan di Istana Budaya suatu hari nanti? Percayalah , hidup umpama "Spring", adakalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Saya berdoa agar kebaikan akan menjelma jua buat Ameng dan umat Islam semua. Semoga kita semua dilimpahi rahmat Ilahi dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...