Jom Follow.....

Saturday, March 12, 2011

Bencana Alam Di Jepun

Bumi memberi reaksi lagi. Itulah ungkapan yang dapat aku simpulkan apabila mendapat berita bahawa Jepun dilanda gempa bumi pada sekala Richter 8.9 pada 11 Mac 2011. Pada sekala berkenaan semestinya telah menyebabkan ombak besar setinggi 10 meter dikawasan gempa serta menyebabkan kehilangan harta benda dan jiwa.Diberitakan juga bahawa beberapa pantai dilautan pasifik juga menerima kesan ombak tinggi dek kerana malapetaka berkenaan.

Kejadian gempa ini rasanya tidak berlaku lama setelah sebuah bandar di New Zealand mengalami malapetaka iaitu di bandar Christchurch sebelum ini.Apa yang timbul di fikiran ialah satu persoalan apakah bumi kini semakin tua ataupun uzur?Sebagai salah seorang muslim, kejadian seperti ini adalah merupakan salah satu tanda bahawa dunia kini berada di zaman penghujungnya.

Namun begitu, kita yang berada di Malaysia seharusnya mengucapkan berbanyak ucapan syukur ke hadrat Ilahi  kerana masih terselamat daripada kejadian yang sedemikian rupa. Maka salah satu perkara yang boleh dimuhasabahkan adalah bahawa Allah itu Maha berkuasa,adil dan bijaksana. Apa yang kita miliki adalah pinjaman dariNya semata-mata. Harta benda, nyawa , pangkat dan sebagainya boleh hilang dalam sekelip mata. Semua itu akan dipanggil pulang bila tiba masanya.

Malapetaka ini seharusnya bakal menggugat perkembangan ekonomi Malaysia, di mana Jepun adalah merupakan salah satu rakan utama negara.Menyakitkan lagi, kita juga sedang diancam dengan kenaikan harga petrol dunia disebabkan krisis politik di Timur Tengah yang bakal menguji lagi ketahanan kita.Mujur juga kenaikan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit memberi kelebihan kepada golongan petani dan pemain industri di sini.

Akhir pena, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berbuat baiklah semasa hayat masih ada. Ungkapan ini ditujukan terutamanya kepada diriku sendiri.

2 comments:

  1. Diharapkan sahabat saya yang bernama Jamal Talib dapat bersabar dalam menjejaki isteri dan 4 orang anaknya yang lain disana. Isteri dan anak-anak beliau ke Tokyo kerana menghadiri majlis konvokeysen anak mereka. Bersama kita berdoa ke hadrat Ilahi agar semuanya dalam keadaan selamat. Berita berkenaan juga mendapat liputan di Berita Mingguan 13 Mac 2011 di muka surat 3.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, saya mendapat pengesahan bahawa keluarga sahabat saya Jamal Talib telah selamat kembali dari Jepun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...