Jom Follow.....

Monday, February 14, 2011

Bolasepak Malaysia : Menyatukan Semua ?

Artikel asal telah ditulis pada 30 Disember 2010
 
Alhamdulillah, pasukan bolasepak Malaysia berjaya melakarkan sejarah selepas 14 tahun menunggu untuk menjadi juara Piala Suzuki AFF. Dengan kemenangan agregat 4- 2 ke atas pasukan Indonesia, secara tak sedar ianya sedikit sebanyak meredakan suhu politik negara yang sering dipanaskan oleh segelintir ahli-ahli politik di Malaysia yang bersikap terlalu opportunistik.

Secara peribadinya, saya berpendapat kejayaan pasukan ini bertitik tolak dari pengurangan penglibatan ahli-ahli politik yang memegang jawatan utama daripada persatuan bolasepak. Biarlah bolasepak diuruskan oleh ahli-ahlinya, manakala ahli politik boleh membantu dari sudut yang lain pula. Namun, jika kita lihat paparan kebanyakan akhbar-akhbar di sini, komen-komen yang diberikan menunjukkan bahawa, tanpa mengenal ideologi politik, kita sebenarnya boleh dan perlu bersatu apabila maruah negara diperkotak katikkan dan diperlekehkan oleh pihak luar.

Cuma persoalan yang timbul di benak saya, apakah kita wajar mengikut cara rakan - rakan di sana yang sering menuduh pihak lain apabila terdapat kelemahan diri dan memutarbelitkan dengan demonstrasi jalanan?Apakah kita wajar bersama pihak luar memperlekehkan negara di luar negara dalam sesuatu isu yang kita tak persetujui, sedangkan kita mempunyai banyak tempat berceramah di negara sendiri?

Saya percaya rata-rata dari kita berasa sakit hati dan terhina apabila ada pihak yang menghina negara kita. Sesungguhnya amat jelas, jika kita bersatu seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi jurulatih yang terdiri dari pelbagai bangsa, kita boleh mencapai kejayaan dengan disokong oleh kepelbagaian keturunan dikalangan rakyat Malaysia. Sesungguhnya rata-rata dari kita merasa puas apabila pasukan Malaysia berjaya menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada malam semalam.Malaysia Boleh.

Kepada umat Islam, kenapa kita tidak boleh bersatu jika Islam diperlekeh dan hak Umat Islam mula dipertikaikan di serata dunia?Tepuk dada tanya diri kita, dimanakah iman?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...