18 Safar 1433
Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda( sila rujuk kitab hadis jika hendak mengetahui status hadis berkenaan atau bertanya pihak yang lebih alim)"Sejahat-jahat manusia pada hari Kiamat ialah orang-orang yang bermuka dua, yakni orang yang datang kepada mereka dengan satu wajah dan pada mereka yang lain dengan wajah yang satu lagi. Barang siapa yang bermuka dua di dunia, maka pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahannam".
Sabda Baginda lagi, " Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengheboh-hebohkan cerita". Apabila ditanya,"Apakah hikmahnya?".Baginda berkata,"Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan makhluk mempunyai lidah, baik yang terdiri dari yang boleh berkata-kata atau pun yang tidak boleh berkata".Lalu ditanya kepada Baginda, "Kenapa ikan tidakmempunyai lidah?"
Baginda bersabda bahawa pada masa ,"Setelah Allah S.W.T telah selesai menciptakan Adam a.s. , maka telah diperintahkanNya ke atas malaikat agar sujud kepadanya. Kesemua malaikat sujud kepada Adam a.s. kecuali Iblis. Maka disebabkan keengganan Iblis berbuat demikian, maka dia telah diusir dari syurga serta dihapus rupa mukanya.Apabila diturunkan ke bumi, Iblis terus menuju ke laut dan yang pertama kali yang ditemuinya ialah ikan. Maka diapun menceritakan perihal penciptaan Nabi Adam a.s. dan berkatalah Iblis,"Sesungguhnya Adam itu memburu dan mengambil binatang-binatang yang melata di laut dan di daratan."Apabila ikan mendengar kata Iblis itu, maka ikan-ikan pun menyampaikan kepada binatang-binatang laut dengan berita tentang Adam a.s. , lalu Allah S.W.T. menghilangkan lidahnya."
Wallahualam.
Dipetik dari :Himpunan Kisah-kisah Teladan
No comments:
Post a Comment