20 Safar 1433
Berita hari ini amat tidak menyenangkan penulis. Seorang pemimpin atau orang penting di kalangan sebuah paksi pembangkang di Malaysia telah mencadangkan agar pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.Berucap pada Konvensyen Paksi politik mereka,di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam, beliau mengemukakan cadangan itu sebagai satu langkah memudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.
Katanya, pembangkang mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya mereka boleh melangkah ke depan tanpa halangan. “Kita mesti hukum perasuah besar tetapi maafkan perasuah kecil supaya kita boleh ke Putrajaya tanpa halangan," katanya.
Sesungguhnya kenyataan ini adalah suatu kenyataan yang amat dangkal. Setiap yang besar bermula dengan sesuatu yang kecil. Dalam Islam , apa yang haram tetap haram walaupun ianya tetap kecil. Bagi penulis , ianya suatu penghinaan terhadap umat Islam di Malaysia.
Penulis tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana dalam bab ini biarlah golongan alim ulama yang memberikan penjelasan. Cuma persoalannya selepas ini apa lagi hendak dihalalkan. Cuma walaupun isu ini berlaku, tetapi janganlah sampai membenarkannya atau memberi keampunan terhadap pesalah sama ada kecil ataupun yang besar.
Amat malang bagi kita yang berugama Islam yang ada dikalangan segelintir dari kita sanggup berguling di atas jalan raya mempertahankan paksi politik ini dan pemimpin berkenaan. Pikir pikirkanlah.
Wallahualam
ermmmm... rasuah mmg haram....
ReplyDeletecuba jauhinya...
erk. esok lusa bila rasuah dah berleluasa baru sibuk tuding jari sana sini. sepatutnya mereka perlu tegas dalam hal ini. kan ke mencegah lebih baik dari mengubati :)
ReplyDeletewah rasuah besar kecik pn ade? br tau ni..hahaha yg haram tetap le haram..leh maap2 lak...bile dosa dah tercatat leh padam2 plak ye..
ReplyDelete