Penulis terpaksa mengambil cuti tergempar hari ini gara-gara tangki air di atas bumbung rumah penulis tiba-tiba berada dalam keadaan tidak stabil.Ianya disedari apabila berlakunya satu letupan yang kuat di atas bumbung rumah sewaktu senja semalam dan menyebabkan air melimpah dari atas syiling. Selain itu terdapat sedikit kesan anjakan atau rekahan daripada sudut syiling rumah.
Syiling Rumah Yang Retak@MyBancik 2012 |
Namun penulis sampai sekarang tidak faham kenapa tangki berkenaan diletakkan di bahagian atas tangga dan hanya menggunakan kayu sebagai galang dan bukannya konkrit atau besi. Ini sah menunjukkan rata-rata pemaju perumahan di Malaysia hanya mementingkan keuntungan semata-mata daripada memberi keutamaan terhadap kebajikan dan keselamatan pengguna. Ini merupakan fakta kerana jiran berdekatan kediaman penulis telah menghadapi masalah yang sama di mana tangki air berkenaan jatuh dari tingkat dua dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti peralatan elektrik, perabut dan sebagainya. Namun begitu, mujur tiada ahli kelaurga berada dibawah kedudukan tangki berkenaan ketika ianya jatuh.
Penulis juga telah membuat aduan kepada pemaju pada pagi tadi, namun sekarang masih tiada wakil pemaju yang muncul setakat artikel ini ditulis. Penulis masih sabar menunggu sebagaimana yang mereka janjikan untuk datang menyiasat walaupun rumah penulis sudah tamat tempoh jaminan. Penulis berharap agar pihak pemaju tidak lepas tangan kerana "design" pembinaan direkabentuk oleh mereka.Setidaknya mereka boleh membantu mendapatkan juru perunding atau kontraktor bagi menjalankan kerja pembaikan.
Wallahualam.
Walau
uiks..bahaya tu...cepat2 pulihkan..
ReplyDeletejangan tunggu lama...baik cari sendiri orang yang boleh baiki...
ReplyDeletesebelom jadi apa2.....
bahaya tu..biasanye kalau perumahan teres yang baru-baru ni dia akan guna beam konkrit..kalau lama guna kayu tu biasa la..tapi bukan sebarangan kayu la..
ReplyDelete