Jom Follow.....

Tuesday, February 21, 2012

Tiga Sekeluarga Mati Kebuluran

29 Rabiulawal 1433


Utusan online hari ini telah melaporkan bahawa di Jepun telah berlaku suatu peristiwa yang menggemparkan bila mana mayat pasangan warga emas dan anak lelaki mereka ditemui di sebuah apartmen di selatan Jepun, selepas dua bulan mereka meninggal dunia dipercayai kerana kebuluran.“Mayat dua lelaki dan seorang wanita itu ditemui Isnin lalu di apartmen di bandar Saitama di utara Tokyo, kata polis tempatan.“Mereka dipercayai pasangan berusia 60-an dan anak mereka berusia 30-an tetapi belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Mayat yang telah reput itu dilaporkan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk menuntut sewa rumah yang tertunggak selama enam bulan.Bekalan elektrik serta gas masak telah dipotong dan mereka dipercayai hanya hidup dengan meminum air sahaja.Tiada makanan ditemui di apartmen itu dan polis hanya menemui beberapa yen duit.

Jika berita ini benar, sesungguhnya kejadian ini adalah merupakan suatu kejadian yang amat trajis di mana ianya berlaku di salah sebuah negara maju. Apa guna negara maju jika masih ada rakyat yang mati disebabkan oleh kelaparan. Bagi kita di sini, bersyukur dan ingatilah Allah S.W.T banyak-banyak atas nikmat yang dikurniakan-Nya

Wallahualam

Sumber- Utusan Online dan AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

1 comment:

  1. memang terjadi dibanyak negara maju..terutama didalam musim sejuk terlampau. Itulah dikatakan hujan emas dinegeri org, lebih baik hujan batu dinegeri sendiri..syukurku dilahirkan di malaysia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...