Jom Follow.....

Sunday, February 19, 2012

Ulama Dan Cendekiawan Islam Perlu Bantu Tangkis Fitnah Di Alam Siber

27 Rabiulawal 1433

Penulis tertarik dengan laporan Bernama pada , 19 Feb, 2012 yang melaporkan bahawa gesaan terhadap golongan ulama dan cendekiawan Islam agar perlu membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah tidak bertanggungjawab mengenai kerajaan dan Islam.Ini termasuklah segala bentuk berita yang bercorak fitnah di alam siber.

Laporan berkenaan memetik bahawa Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Datuk Dr Sidek Baba yang berkata berkatabahawa kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan."Sejak zaman kerajaan Islam Andalusia lagi, kita lihat hubungan antara ulama dan umara amat baik. Melalui hubungan ini juga, ulama perlu berikan pandangan dan nasihat supaya kerajaan dapat berjalan dengan baik.

 "Kini kita berdepan dengan dimensi maya di mana fitnah dilakukan dalam dimensi ini, terutama oleh generasi muda, jadi ulama perlu mendekati golongan ini dengan kasih sayang, tegur dengan bijaksana, dan kritik dengan adab," katanya kepada Bernama pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini.Beliau berkata ulama dan cendekiawan Islam juga perlu bersikap terbuka kepada penulis maya kerana mereka berpotensi sebagai pembina negara suatu hari nanti.

Selain daripada itu penulis juga berpendapat bahawa golongan berkenaan juga perlu terjun ke alam siber bagi lebih memahami cabaran yang ada di alam berkenaan. Zaman berceramah di masjid-masjid dan surau-surau semata-mata perlu diperkasakan dengan menggunakan alam siber sebagai platform baru menyampaikan seruan dakwah.

Wallahualam

Sumber- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...