Jom Follow.....

Sunday, February 5, 2012

Ketulusan Hati Baginda Rasulullah s.a.w.

12 Rabiulawal 1433

Sesungguhnya keadaan semasa di dunia pada masa kini begitu mencabar. Hari demi hari kita dapati bahawa pelbagai peristiwa yang menyayat hati berlaku di mana-mana di dunia ini. Kejadian pembunuhan kejam, rompakan, keganasan dan sebagainya seolah-olah berlaku tanpa henti henti. Kecanggihan sistem perhubungan telah mempercepatkan pelbagai peristiwa berkenaan disebarkan diseluruh dunia.

Di negara-negara Islam di Timur tengah pula sedang bergelut dengan perang saudara sesama Islam. Darah saudara seagama dihalalkan untuk dibunuh. Alangkah baiknya jika tenaga berkenaan dapat digunapakai untuk berjihat pada jalan Allah dan menakut-nakutkan musuhNya serta membebaskan saudara Islam kita yang lain yang sedang ditindas di seluruh dunia.

Penulis merujuk kepada khutbah jumaat yang lepas yang penulis dengar bahawa diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Malaikat Jibrail di kala Baginda sering menangis. Apabila ditanya Jibrail, Rasulullah memberitahu bahawa baginda amat bimbangkan akan keselamatan umatnya sama ada di dunia atau di padang Mahsyar pada hari pembalasan nanti. Maka diwahyukan agar baginda, Nabi Muhammad s.a.w. meminta apa sahaja untuk kesejahteraan umat baginda. Cuma yang tidak diperkenankan ialah kepastian bahawa umatnya tidak akan dijajahi oleh kuasa asing, kecuali mereka sendiri yang membuka ruang dengan tidak bersatu padu dan berpecah belah.

Kita lihat di sini amat jelas baginda adalah insan yang diturunkan sebagai rahmat sekalian alam. Cinta baginda terhadap umat baginda tidak terbatas. Malang sekali bagi kita rupanya cinta baginda, di mana rata-rata di kalangan kita tidak membalasnya. Kita sering gagal menilai yang mana intan dan yang mana permata. Kita sering mengidolakan ikon-ikon dan pemimpin yang tidak beriman atas nama kepentingan dunia. Rata-rata dari kita melupakan kasih suci baginda kepada kita yang memanggil nama kita(umatku! umatku! umatku!)hingga ke akhir hayat baginda.

Cukuplah. Janganlah kita umat Islam terus bersengketa sesama sendiri.Maka jadikanlah bulan Rabiulawal pada tahun ini sebagai anjakan perubahan di dalam diri bagi mengikuti sunnah dan mengamalkan ketulusan hati seperti baginda.Sekurang-kurangnya paling terukpun, sebagai permulaan, memadailah jika ada sekelumit dalam hati untuk berazam cuba mengenali baginda.Tak kenal maka tak cinta.

Wallahualam

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...