27 Rabiulawal 1433
Penulis ada terbaca terjemahan Al Quran yang bermaksud:
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya.(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Tidaklah patut mereka(orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,(diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya) Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab(Al-Quran), iaitu ; apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek(oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk(bergaul) dengan mereka sehinga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.(An-Nisaa' : 138-140)
Nota: Nasihat penulis, sila dapatkan rujukan serta nasihat daripada ulama yang muktabar jika berminat mahu dapatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap tafsiran ayat di atas.
Penulis merujuk ayat ini bagi menasihati diri penulis dan para pembaca agar berhati-hati dengan tindakan masing-masing dalam menghadapi hidup ini yang penuh pancaroba. Antara yang terbaru ialah, ada dikalangan individu di negara ini yang berasa amat marah apabila salah seorang warga asing yang terang-terang menghina Rasulullah S.A.W dihantar pulang bagi dibicarakan di negara beliau atas kesalahan berkenaan. Ini termasuklah hingga mendapatkan petisyen mahkamah yang dibuat bagi menghalang pesalah berkenaan dari dihantar ke negaranya semula untuk dibicarakan berdasarkan undang-undang negara berkenaan.
Ada juga dikalangan individu yang bukan Islam pula semakin sering berani mempertikaikan amalan orang-orang Islam, tetapi malangnya masih ada juga yang sanggup bekerjasama lebih erat dengan mereka. Lebih malang lagi jika benar adanya dakwaan bahawa ada suatu golongan yang telah berpegang kepada dasar hak asasi manusia dalam melakukan kemungkaran dan melanggar larangan hukum Islam.
Penulis tidak berniat menjatuhkan hukum kerana, penulis tidak layak berbuat demikian. Namun cukup bagi penulis memaparkan secebis kalam dari Allah S.W.T. sebagai renungan bersama.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment