14 Rabiulawal 1433
Panas baran adalah merupakan salah satu penyakit hati yang mungkin ada pada mana-mana individu. Antaranya ialah apabila kita marah dan terasa panas hati, kita digalakkan agar bertenang, dan jikalau kita tengah berdiri, kita dinasihatkan untuk duduk terlebih dahulu. Selain itu, seandainya kita melihat rakan kita tengah marah, mungkin kita boleh sajikan dia dengan seteguk air terlebih dahulu agar berkurangan rasa marahnya.
Namun dalam Islam, terdapat cara bagi mengubati sifat marah antaranya seperti dengan mengambil wudhuk. Namun jika belum berhasil juga kita digalakkan mengerjakan sembahyang sunat. Jika masih belum berhasil juga, itu tandanya kita bukan manusia pada ketika itu.He.he..
Terdapat satu cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut, ceramah demi ceramah, motivasi ke motivasi,blog ke blog, face to face, tweet to tweet dan sebagainya tentang bab marah ini. Kisahnya, ada seorang suami yang mempunyai sifat panas baran. Tiap kali ada yang tidak kena, maka melentinglah dia tidak mengira masa. Pada suatu hari, disebabkan badannya tidak sihat, beliau pergilah ke klinik di kala waktu hampir tengah malam. Malangnya disebabkan doktor yang bertugas sudah pulang, maka si suami tadi tidak berkesempatan mandapatkan rawatan pada masa tersebut dan dinasihatkan oleh pembantu klinik agar datang semula keesokan harinya.
Oleh kerana si suami tadi mula menunjukkan sikap barannya, maka pembantu klinik tadi berjaya memujuknya dengan memberikan sebuah botol ujian air kencing unuk dibawa keesokan hari untuk diuji di samping menasihatkan agar si suami tadi agar berpuasa keesokan hari untuk dilakukan ujian darah. Apabila melihat keseriusan cara pembantu klinik cuba membantunya, maka si suami tadi bersetuju untuk datang semula pada awal-awal pagi sebaik sahaja klinik dibuka pada hari esok.
Apabila tibanya waktu pagi , si suami tadi selepas mandi di bilik air awal-awal lagi menyediakan sampel air kencingnya. Namun beliau terlupa menangambilnya di bilik air sebaik sahaja selesai mandi, lalu bilik air berkenan diambil alih sesinya oleh si isteri pula. Dengan tidak disengajakan sampel air kencing si suami tadi terjatuh dan tertumpah sampai habis. Lalu mengeluhlah si isteri, "Habislah! kalau aku beritahu suami, boleh jadi perang dunia ketiga dibuatnya. Baik aku gantikan aje dengan aku punya. Lagipun demam atau sakit macam tu, takkan sampai nak ambil ujian air kencing"? kata sang isteri di dalam hati. Maka sang suami tadipun meminta si isteri tadi menghulurkan dengan segera sampel berkenaan kerana beliau mahu segera ke klinik.
Apabila di klinik, maka pembantu klinik awal-awal lagi menerangkan kepada Dr yang bertugas akan sikap seorang pesakit ini. Lalu Dr yang bertugas setuju membuat ujuan seperti mana yang dijanjikan semalam. Pada masa yang sama ada seorang petugas klinik yang sedang melakukan ujian praktikal di klinik berkenaan.Apabila tiba bab ujian air kencing, pelatih ini melakukan semua ujian termasuklah dalam bab ujian kehamilan dan kebetulan pada awal pagi ramai pula golongan wanita yang datang mendapatkan rawatan. Maka sampel si suami tadi juga cuba-cuba diuji oleh pelatih tadi kerana menjangkakan keputusannya akan negatif
Apabila keputusan ujian dikeluarkan, maka Dr yang bertugas seolah kebingungan. Si suami tadi kehairanan melihat kelakuan Dr berkenaan lalu bertanya. "Kenapa Dr? Apa masalah saya ?".Awak tak sakit apa-apa, tetapi ujian air kencing encik menunjukkan , encik telah mengandung 2 bulan !"jawab Dr.Seluruh kakitangan klinik gempar seketika dibuatnya...
Pengajaran:
Sikap panas baran menyusahkan ramai orang.
Wallahualam
hahaha.... apa la yang jadi seterusnya ye...
ReplyDeletehahaha..untunglah lau suami boleh mengandung....
ReplyDeletehahaha..gempar klinik dibuatnya. si isteri mesti cuak dah. kalau la suami dia tahu gerenti masak dibuatnya.
ReplyDeletehaha..sangat bagus di situ..padan.. ^_^ tunggu sembilan bulan, perut isteri yg membesar.hehe
ReplyDeletesalam perkenalan
ReplyDeletei follow....