11 Rabiulawal 1433
Beberapa detik sahaja lagi kita akan menempuhi hari yang telah menjadi suatu rahmat bagi sekalian manusia. Hari di mana kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. Agak ramai di kalangan kita yang tidak mencintai baginda sedangkan sehingga di akhir hayat baginda , baginda sering mengucapkan umatku!, umatku!, umatku!
Dikala langit mendung, beliau diriwayatkan sering mundar mandir berasa gelisah kiranya diturunkan bala ke atas umatnya. Tapi sayang, ada di kalangan kita sering menganjurkan sembahyang hajat atau berdoa secara berjemaah bagi menghancurkan saudara seagama kita disebabkan perbezaan fahaman politik
Di kala rasul -rasul a. s . lain menggunakan kemustajaban doa mereka untuk menghancurkan kaum mereka yang ingkar, namun baginda Rasulullah s.a.w. menyimpan doa tersebut demi kepentingan umatnya di akhirat nanti bagi melepaskan kesengsaraan umatnya.
Subhanallah!!!, Sungguh mulia insan yang diutuskan ke atas kami Ya Allah!.Sesungguhnya aku berharap agar diriku, isteri, keturunanku, ibu bapaku sahabat-sahabatku akan diletakkan bersama dikalangan yang mendapat syafaatmu Ya Rasulullah. Kadangkala di hati kecil ini berkata.. Andaikata Rasulullah bersama kita.....
Wallahualam
salam malidur rasul 1433H =)
ReplyDelete