Emosi penulis amat terusik bila terbaca berita pembunuhan terbaru di Taiping. Kisah yang telah dipaparkan di Berita harian bahawa seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.
Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.
Penulis berasa amat kecewa kerana penulis selalu menghabiskan cuti di Taiping. Nampak gayanya Taiping dilihat makin tidak selamat. Penulis juga kecewa kerana di Malaysia ini seolah tak ada berita lain. Asyik-asyik skandal seks, jenayah seks sama ada dari peringkat pemimpin hinggalah ke peringkat bawahan. Selain dari gila politik, apakah semakin ramai rakyat Malaysia yang gila seks? Nampaknya sifat keinginan syahwat di kalangan manusia di Malaysia semakin tidak terkawal. Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama .
Wallahualam
No comments:
Post a Comment