2 Rabiulakhir 1433
Cerita ini penulis petik dari pengkisahan seorang penceramah motivasi iaitu Ustaz Badlishah Aliuddin yang menceritakan kisah seorang tua yang tinggal di sebuah desa bersama seorang anak lelakinya serta seekor kuda betina yang merupakan satu-satunya harta yang paling berharga ketika itu bagi membantu kehidupan mereka. Setelah kematian isterinya beliau tinggal bersama anak lelakinya di pinggir desa bagi meneruskan kehidupan. Kehidupan mereka agak susah di mana rezeki mereka bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang namun begitu orang tua ini redha dengan apa yang dimikinya dan beliau sering berfalsafah dan percaya "Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik".
Tak berapa lama kemudia keluarga ini mendapati , kuda kepunyaan mereka telah hilang dan mereka tidak tahu sama ada kuda berkenaan melarikan diri atau dicuri. Apabila berita sedih itu sampai ke telinga orang-orang kampung, maka mereka datang berziarah dan memberikan ucapan takziah dan simpati dan rata-rata mereka berkata" Kesian ye..Dahlah miskin, lepas tu di landa musibah kehilangan kuda pula.." Lalu orang tua itu pun berkata"Apa yang tak baik tak semestinya tak baik"dan apa yang baik tak semestinya baik ". Sambil menggeleng kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah betullah orang tua tu.."
Tak lama kemudian, dengan tidak disangka, kuda yang hilang itu pulang kembali. Tetapi kali ini kuda betina berkenaan pulang sambil diikuti kuda liar jantan berjumlah lima ekor kesemuanya. Maka sekarang, orang tua dan anaknya itu mempunyai 6 ekor kuda.Lalu datanglah orang-orang kampung berpusu-pusu ke rumahnya sambil mengucapkan tahniah dan mereka rata-rata berkata, " Untunglah ye, sekarang sudah mempunyai banyak harta. Lalu orang tua itu berkata, "Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik".Sambil menganggukkan kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah betullah orang tua tu.."
Beberapa lama kemudian, ketika anak lelaki orang tua berkenaan sedang melatih dan menjinakkan kuda-kuda berkenaan, beliau telah ditendang oleh salah seekor kuda berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan parah dan kecacatan sementara.Apabila berita sedih itu sampai ke telinga orang-orang kampung, maka mereka datang berziarah dan memberikan ucapan takziah dan simpati dan rata-rata mereka berkata" Kesian ye..Dahlah baru nak senang, lepas tu di landa musibah pula. Isteri dah tak ada, ada anak pula seorang, sekarang cacat pula dan tak boleh bekerja." Lalu orang tua itu pun berkata"Apa yang tak baik tak semestinya tak baik"dan apa yang baik tak semestinya baik ". Sambil menggeleng kepala orang-orang kampung pun pulang sambil berkata sesama mereka" Berfalsafah lagi orang tua ni.."
Beberapa hari kemudia, keadaan gempar berlaku dikampung berkenaan di mana datang wakil-wakil kerajaan memberi arahan ke atas anak-anak muda di kampung berkenaan untuk dikerahkan berperang. Kesemua anak-anak muda lelaki di kampung berkenaan dipaksa berperang kecuali anak muda yang tak berupaya disebabkan kemalangan ditendang kuda beberapa hari lalu. Ditakdirkan bahawa kesemua anak-anak muda yang berperang dari kampung berkenaan terbunuh di dalam medan peperangan.
Keadaan ini menyebabkan anak-anak gadis berkenaan tidak mempunyai calon untuk dijadikan suami kecuali pemuda yang juga anak kepada orang tua berfalsafah tersebut. Maka ramailah orang-orang kaya di kampung tersebut yang mahu mengahwinkan anak-anak gadis mereka dengan pemuda yang tinggal itu. Maka datanglah orang-orang kampung berpusu-pusu ke rumahnya sambil mengucapkan tahniah dan mereka rata-rata berkata, " Untunglah ye, sekarang sudah mempunyai banyak harta, dan sekarang mendapat menantu-menantu yang baik, cantik dan mempunyai besan-besan yang kaya raya. Lalu orang tua itu berkata, "Dari dahulu aku dah kata ..Apa yang baik tak semestinya baik , dan apa yang tak baik tak semestinya tak baik!".
Renung-renungkan dan selamat beramal....
Wallahualam
BAIK TAK SEMESTINYA BAIK..
ReplyDeleteLECTURE SY KATA..
BUAT TAPI TAK BUAT.... (KOMEN BELIAU MASA DI OBSERVE HARI RABU LEPAS)