26 Rabiulawal 1433
Penulis amat bersetuju atas seruan beberapa pihak agar sebarang penulisan di alam siber dapat dilakukan secara berhemah. Ini lebih-lebih lagi sebarang bentuk penulisan yang berkaitan hukum hakam terhadap pengetahuan dan amalan Islam. Namun begitu diharapkan agar saranan seperti ini tidak disalahtafsirkan bakal menghalang penyampaian ilmu-ilmu keislaman oleh penulis-penulis di alam siber dan ianya tidak seharusnya melemahkan semangat mereka yang berkenaan.
Ini penting kerana, kita boleh bilang berapa kerat sangat ahli-ahli alim ulama yang aktif dengan facebook, twitter , blog dan sebagainya bagi menyampaikan seruan dakwah kepada golongan sesaran terutama golongan remaja. Kalau adapun ianya melibatkan alim ulama yang aktif dengan parti politik, ataupun yang sudah menjadi personaliti di media arus perdana.
Tugas menyampaikan sebenarnya bukan tertakluk kepada alim ulama sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab ke atas semua yang mengaku sebagai orang yang beriman, walaupun hanya dengan sebaris ayat.Penulis-penulis seperti inilah yang bakal menjadi benteng utama di alam ini jika berlakunya dakyah-dakyah yang tidak diingini atau serangan ke atas agama Islam di alam ini. Sekurang-kurangnya golongan ini boleh bertindak sebagai mata dan telinga untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib jika berlakunya gejala yang tidak diigini seperti penghinaan ke atas Islam, gejala murtad dan sebagainya. Namun setiap penulisan dalam bab keagamaan perlulah berdasarkan sumber yang jelas.
Bagi penulisan yang bercorak lain pula, segala maklumat yang disampaikan perlulah berpegang kepada kebenaran, mengelakkan fitnah, menyakitkan hati dan sebagainya.Jadikanlah penulisan di alam siber ini sebagai suatu pengalaman yang sering mengujakan.
Wallahualam
ita menulis suka2 je..
ReplyDeletesebab minat menulis..